Menonton wayang atau duduk melepak bersama teman tidak akan lengkap tanpa makanan ringan. Umpamanya, apa sahaja yang dibincangkan tidak cukup sempurna tanpa kehadiran makanan ringan di dalam mulut.

Ada orang mungkin sukakan kuaci, manakala yang lain pula sukakan makanan ringan seperti keropok, gula-gula atau biskut manis.

Bagi anda yang mahu rasakan kelainan, kami sarankan kepada anda untuk cuba makanan ringan yang tengah viral iaitu Corntoz, snek jagung yang datang dengan pelbagai citarasa dan warna bungkusan yang menyerlah.

Untuk pengetahuan anda, apa yang membezakan Corntoz dengan makanan ringan yang lain adalah ia dibuat dengan melalui proses pembakaran dan bukannya digoreng.

Selain itu, ia datang dalam 3 perisa ‘kaw’ iaitu Hot & Spicy, Chili Cheese dan BBQ.

Bagi anda yang risau makanan ringan anda habis sebelum wayang anda tamat, jangan risau kerana Corntoz kini hadir dengan saiz yang lebih besar. Confirm lebih best, lebih boom!

Kami juga ada dengar bahawa Corntoz akan mengeluarkan 5 minisode yang memang kelakar gila and confirm mencuit hati para penonton.

Difahamkan bahawa yang akan berlakon di dalam minisode tersebut adalah selebriti lelaki yang kian mendapat nama sekarang, siapa lagi kalau bukan Sean Lee – pemeran dalam drama My Coffee Prince.

https://gfycat.com/scenteddaringindusriverdolphin

Minisode ini bakal berkisar mengenai kehidupan seharian seorang lelaki yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan bersama kuda comel berwarna pink atau lebih terkenal dengan nama ‘glamour’ iaitu Pinko.

Minisode ini akan disiarkan setiap hari Jumaat di semua laman sosial Corntoz. Jangan terlepas peluang untuk menonton minisode lakonan Sean Lee dan member dia, Pinko. Ikutilah Corntoz di semua laman sosial Facebook, Instagram dan YouTube untuk update terbaru mengenai minisode ini.

Mana best kalau layan minisode tanpa Corntoz kan? Jom dapatkan Corntoz di semua gerai di seluruh Malaysia atau anda boleh dapatkan secara dalam talian di Lazada atau Shopee.