Wabak Coronavirus telah merebak ke seluruh dunia, beberapa acara utama yang dijadualkan berlangsung di beberapa tempat utama dunia mungkin akan dibatalkan.

The Associated Press dalam satu laporannya menyatakan bahawa senarai acara yang bakal dibatalkan termasuklah Sukan Olimpik Tokyo 2020,  menurut anggota pentadbir dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Dilaporkan bahawa cadangan untuk menangguhkan acara ini ke suatu tarikh lain dilihat samar apabila ia akan memakan belanja yang besar. Manakala ahli IOC Dick Pound menyatakan bahawa kemungkinan besar acara sukan ini bakal dibatalkan.

“Anda tidak akan menangguhkan sesuatu acara yang mempunyai saiz dan skala sebesar Olimpik,” jelas Pound. “Terdapat begitu banyak bahagian yang bergerak, begitu banyak negara dan musim yang berbeza. Anda tidak boleh hanya berkata, ‘Kami akan jalankan acara ini pada bulan Oktober.'”

Walau bagaimanapun, Pound berusaha untuk memberi pencerahan kepada para peminat agar tidak menimbulkan sebarang kebimbangan. IOC akan menunggu keputusan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) sama ada acara ini boleh berjalan seperti biasa atau sebaliknya.

“Setakat yang kita tahu, kami akan berada di Tokyo,” kata Pound. “Semua petunjuk ada bahawa segala aktiviti akan berjalan seperti biasa. Oleh itu terus fokus pada sukan anda dan pastikan bahawa IOC tidak menghantar anda ke dalam situasi wabak ini. ”

Sukan Olimpik yang mula diadakan dari tahun 1896, hanya pernah dibatalkan sekali pada tahun 1940. Kebetulan, tahun dimana acara ini dibatalkan, Jepun adalah tuan rumah. Namun disebabkan tercetusnya perang di antara Jepun dan China pada Perang Dunia Ke-II, acara ini terpaksa dibatalkan.

Berikut adalah cerita lain mengenai persedian Jepun pada Sukan Olimpik 2020.

Japan Airlines Bakal Tawarkan 100,000 Tiket Percuma Untuk Anda Hadiri Sukan Olimpik 2020

Jepun Perkenalkan Rekaan ‘Anime’ Bendera Negara Sempena Sukan Olimpik 2020

Malaysia Peroleh Emas Pertama Di Sukan Olimpik Remaja

Sumber