Seorang penumpang kapal pesiar dari Amerika Syarikat telah diuji positif coronavirus di Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Ahad lalu. Dia merupakan wanita berusia 83 tahun dan merupakan penumpang pertama dari kapal pesiar yang diuji positif.

Ini menjadikan jumlah pesakit yang menghidap wabak ini meningkat lebih 22 orang di Malaysia dan tiada korban nyawa dilaporkan.

Namun dalam kekecohan yang berlaku di beberapa tempat setelah wabak coronavirus mula menyerang, siapa sangka yang Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila seorang pengguna Twitter dari Jepun telah membuat satu ciapan yang memuji usaha kerajaan Malaysia dalam mengawal wabak ini.

Dalam satu ciapan di laman Twitter milik @kura-kura.net, beliau memuat naik cara Kementerian Sumber Manusia Malaysia menjaga kebajikan para pekerja yang berada di Malaysia dalam menghadapi wabak coronavirus.

Langkah-langkah itu termasuk dengan bayaran kesihatan akan dibayar oleh pihak syarikat, pekerja layak untuk mendapat cuti sakit berbayar, majikan tidak dibenarkan mengarah pekerja mereka menggunakan cuti tahunan dan beberapa lagi langkah dalam menjaga kebajikan para pekerja.

Ciapan itu mendapat beberapa pujian dari orang Jepun dengan sesetengah daripada meraka menyatakan bahawa begini sepatutnya kerajaan perlu melayan rakyatnya.

84820472_3062981307066993_2912602226054660096_o

86720727_3062981353733655_2507504496993632256_o

86776584_3062981367066987_5049704792071340032_o

Jepun adalah antara negara yang pesat membangun, baik dari segi ekonomi mahupun masyarakat. Namun dari segi kemanusian, kita dilihat mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Jepun.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus, klik pautan di bawah.

Kerana Coronavirus, Kerajaan Jepun ‘Hadiahkan’ 2,000 iPhone Buat Penumpang Kapal Persiaran

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran