Beberapa bulan lalu, beberapa individu dilaporkan telah menjilat mangkuk tandas  untuk sebuah permainan yang dinamakan ‘coronavirus challenge’. Terbaharu, salah seorang daripada mereka dilaporkan telah ‘dijangkiti’ dengan wabak yang telah membunuh lebih 30,000 orang di seluruh dunia.

Lelaki berusia 21 tahun dengan nama Larz, telah mengumumkan berita ini di akaun Twitter miliknya pada 25 Mac lalu. Dia juga memuat naik catatan yang sama di Instagram miliknya, lapor New York Post.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B-LaoztB34y/

Dalam video ‘coronavirus challenge‘, Larz telah berjalan menuju ke tandas awam yang terdapat di dalam kedai dan dia bertindak menjilat mangkuk tandas tersebut dua kali.

Netizen telah mengkritik Larz di bahagian komen. Beberapa daripada mereka menyalahkan ‘kebodohannya’ adalah punca mengapa Larz didiagnosis dengan wabak COVID-19. Manakala sesetengah netizen mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menjadi sebahagian daripada ‘sukarelawan’.

Walau bagaimanapun, dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Insider, rakaman yang dibuat di laman Instagram beliau sebenarnya rakaman lama yang dikitar semula. Dia juga gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa beliau benar-benar dijangkiti dengan wabak tersebut.

Insider turut melaporkan bahawa akaun Twitter Larz telah digantung kerana terdapat warga net yang melapor akaun peribadinya selepas mereka menyedari bahawa dia sebenarnya berbohong demi untuk mendapatkan tumpuan.

Kelakuan mereka berdua ini mendapat tentangan dari warga net kerana mereka dilaporkan tidak sensitif dengan wabak COVID-19 yang telah merebak ke lebih 700,000 orang di seluruh dunia dan telah mengambil nyawa lebih 30,000 orang.

Untuk bacaan lanjut mengenai ‘Coronavirus Challenge’, klik pautan di bawah.

Gara-Gara ‘Coronavirus Challenge’, Gadis Ini Dikecam Jilat Tempat Duduk Tandas Kapal Terbang