Kaum Uighur yang kebanyakkannya muslim dan tinggal di kawasan Otonami Xinjiang, China, dilaporkan sedang mengambil sikap berjaga-jaga dengan wabak coronavirus yang telah merebak teruk di sekitar kawasan timur negara itu.

Nasib masyarakat muslim Uighur yang di tahan di kem tahanan sedang menjadi tanda tanya, CNN melaporkan bahawa sehingga hari ini, hanya 55 orang yang dijangkiti wabak ini di Xinjiang dan seorang sudah sembuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para pemerhati menyatakan rasa risau kepada nasib mereka yang ditahan kerana wabak kali ini boleh dijangkiti hanya dengan bersin dan batuk.

Justeru, mereka meminta agar segala kelengkapan kecemasan disediakan oleh kerajaan China bagi menghentikan sebarang penularan wabak coronavirus di dalam kem tahanan.

“Warga setempat sudah mulai panik. Keluarga mereka ada di sana, mereka harus berurusan dengan pusat tahanan dan kini virus pula dan kami tidak mengetahui apakah mereka ada cukup makanan dan topeng muka,” kata seorang pakar sosiologi kaum Uighur, Dilnur Reyhan, yang berada di Perancis.

Manakala bagi Ketua Kongres Uighur Dunia (WUC), Dolkun Isa, meluahkan rasa prihatin kepada tahanan jika kerajaan China berkeras untuk tidak membantu Xinjiang bagi menghentikan penularan wabak ini.

Terdahulu, China ‘kantoi’ besar dengan masyarakat dunia apabila telah melanggar hak asasi manusia dengan menindas kaum Uighur di Xinjiang dengan menahan mereka tanpa sebab.

Walau pun situasi berbeza diberikan oleh kerajaan China apabila kem tahanan itu dikatakan dibina kerana mahu mendidik rakyat mereka, tetapi apa yang jelas ia adalah satu cara untuk menindas fahaman Islam yang radikal di kalangan penduduk yang sebahagian besarnya muslim.

Baca pengakuan wanita ini mengenai nasib kaum muslim Uighur di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Ini Dedah Kisah Kejam Di Sebalik Penahanan Kaum Muslim Uighur Di Xinjiang

Malaysia Buka Pintu Buat Kaum Muslim Uighur Yang Mencari Suaka

China Keluarkan Mesut Ozil Daripada PES 2020 Kerana Mempertahankan Kaum Muslim Uighur

Sumber