Liverpool berada di puncak Liga Perdana dengan kelebihan 22 mata bagi menjulang kejohanan yang paling lama mereka idamkan. Namun ada sesuatu yang bakal menahan mereka daripada memenangi piala ini, bukan Pep Guardiola atau Manchester United tetapi coronavirus, lapor Daily Mail.

Jurgen Klopp dan pasukannya mungkin kepunan untuk membawa pulang piala ini selepas dilaporkan bahawa pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk membatalkan segala acara bagi mengawal penyebaran wabak Coronavirus.

Setakat hari ini lebih 80,000 orang sudah dijangkiti wabak yang berasal daripada Wuhan, China. Manakala angka kematian terus meningkat kepada 2,800.

Kebimbangan kerajaan telah menyaksikan beberapa langkah proaktif bakal di ambil oleh Liga Perdana dalam membantu mengekang wabak yang sudah semakin pulih di China tetapi mula kuat tersebar di luar Tanah Besar.

Jika ia dikuatkuasakan, ini akan menyaksikan Liverpool terpaksa melupakan piala yang sudah didambakan sejak 30 tahun yang lalu biarpun terdapat baki lagi 11 perlawanan Liga Perdana.

Terdahulu, kerajaan Switzerland telah membuat keputusan sama dengan membatalkan semua acara yang melibatkan 1,000 orang atau lebih daripada itu. Ia adalah salah satu usaha mereka untuk menangani wabak itu.

Liverpool telah memenangi 26 perlawanan setakat ini dalam kempen yang menakjubkan dengan mencatat hanya satu keputusan seri dengan Manchester United.

Klopp memerlukan hanya empat lagi kemenangan untuk menuntut gelaran Liga Perdana dan sebarang langkah untuk menahan mereka daripada menuntut gelaran juara ini akan menimbulkan beberapa isu lain.

Berikut adalah cerita lain mengenai Liverpool, klik pautan di bawah untuk membaca.

New Balance Kongsi Gambar Model Kolaborasi LAZR v2 Bersama Liverpool

Levi’s Jalin Kerjasama Jangka Panjang Dengan Liverpool

Sumber