Semalam kita dikejutkan dengan pengumuman dariapda Kerajaan Arab Saudi yang mulai menghalang jemaah negara luar yang berhajat untuk mengerjakan umrah. Pengumuman yang dibuat turut mengejutkan ramai khususnya mereka yang berhajat utnuk menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat.

Terbaharu, dilaporkan lebih 100 warga Malaysia dan Indonesia tersangkut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas kerajaan Arab Saudi berpihak untuk menghalang kemasukan jemaah berikutan wabak coronavirus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DCIM100GOPROGOPR0683.JPG
Sumber: kphajiyusoff

Difahamkan jemaah yang tersangkut ini mulai mengetahui mengenai pengumuman kerajaan Arab Saudi apabila tiba KLIA sekaligus membuatkan mereka selaku para jemaah umrah terpaksa akur dengan keputusan yang dikeluarkan.

Setakat ini kerajaan Arab Saudi masih belum mengumumkan sampai bilakah tempoh sekatan ini bakal dibuat secara rasmi dan bakal diumumkan kelak apabila kes melibatkan wabak coronavirus ini berkurangan.

Pihak Saudi baru-baru ini telah mengumumkan sekatan kemasukan jemaah umrah dari negara luar berikutan wabak coronavirus.

Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Berikutan Wabak Coronavirus

Kerajaan Indonesia Ucap Syukur, Doa Ulama Buat Mereka Terhindar Daripada Coronavirus

 

Sumber