Penularan wabak COVID-19 menyebabkan pelbagai spekulasi tersebar. Malah, ada juga yang mendakwa penularan wabak ini adalah terancang.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes of Darkness menceritakan tentang sejenis virus dikenali Wuhan-400 digunakan sebagai senjata biologi.

https://twitter.com/htommy998/status/1226677093024428032

Untuk pengetahuan anda, buku tersebut diterbitkan pada tahun 1981 iaitu 39 tahun yang lalu ditulis oleh Dean Koontz. Buku tersebut seperti dapat meramal wabak COVID-19 yang akan merebak ke seluruh dunia.

Dalam buku tersebut, saintis yang mengetuai penyelidikan Wuhan-400 dipanggil Li Chen, memberi maklumat kepada Amerika Syarikat bahawa senjata kimia paling berbahaya ada di pusat kajian di China. Wuhan-400 mempengaruhi manusia daripada haiwan dan tidak dapat hidup di luar tubuh manusia atau di persekitaran yang lebih sejuk daripada 30 darjah Celsius.

Pusat kajian berkenaan dilaporkan merujuk kepada Wuhan Institute of Virology, yang terletak hanya 32km daripada lokasi pertama Covid-19 ditemui.

Selain itu, ramalan tentang sejenis penyakit seperti pneumonia akan tersebar ke seluruh dunia pada tahun 2020 telah diceritakan dalam sebuah buku End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World.

Buku tersebut ditulis oleh Lindsay Harrison pada tahun 2008. Pastinya kedua-dua buku ini menarik perhatian ramai orang. Pada pendapat anda, adakah ini satu kebetulan atau sebaliknya?

Disebabkan wabak coronavirus ini, hotel-hotel di Malaysia mengalami kerugian. Difahamkan, hotel di Langkawi tawar diskaun sehingga 70% untuk menarik pelancong ke sana. 

Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong Kerana Coronavirus

Lebih 90,000 Tempahan Hotel Dibatalkan Di Malaysia Kerana Coronavirus

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh

Sumber