Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan peringkat antarabangsa selepas wabak coronavirus mula merebak ke beberapa negara luar.

“Sebab utama perisytiharan ini bukanlah apa yang berlaku di China tetapi apa yang berlaku di negara lain,” kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Screenshot-2020-04-02-at-6.57.37-PM
HYPE
HUAWEI Lancarkan Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Pra-Tempah Bermula Sekarang!
Baca lagi →

Hingga hari ini seramai 213 orang telah meninggal dunia di Wuhan akibat penularan wabak ini, manakala terdapat 98 kes di 18 negara berbeza – tetapi tiada kematian yang dicatatatkan.

Apa yang menjadi ketakutan buat WHO adalah wabak ini akan menyerang negara-negara dengan sistem kesihatan yang lemah.

Bercakap pada sidang akhbar di Geneva, Dr Tedros memuji langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa China bagi menghalang wabak ini daripada merebak.

Beliau turut menambah bahawa pengisytiharan ini bukanlah undi tidak percaya kepada China selepas beberapa media dilaporkan cuba untuk mempolitikkan keputusan WHO.

Bagi negara-negara lain, langkah awal telah di ambil dengan menutup sempadan atau membatalkan penerbangan dari Wuhan. Bagi syarikat seperti Google, Ikea, Starbucks dan Tesla telah menutup kedai atau menghentikan operasi mereka buat sementara waktu.

Bagi koresponden kesihatan dan sains, James Gallagher menyokong penuh tindakan WHO kerana bagi beliau negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana bakal menerima kesan yang lebih buruk.

Wabak Ebola 2014 di Afrika Barat – kejadian yang paling besar dalam sejarah tamadun manusia – telah menunjukkan bagaimana ia menekan negara-negara miskin.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama WHO mengeluarkan arahan kecemasan peringkat antarabangsa. Kali terakhir arahan sama dikeluarkan adalah selepas Ebola menyerang dunia pada 2014 dan tahun lalu.

Klik pautan di bawah jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus.

Kerajaan China Perintah 6,000 Pegawai Perubatan Ke Wuhan Selepas Coronavirus Merebak Lebih ‘Hardcore’ Daripada SARS

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi

KKM Keluarkan Senarai Berita Palsu Mengenai Coronavirus

Anda Mungkin Suka