Produk kosmetik milik Kylie Jenner, Kylie Cosmetics telah dibeli oleh syarikat terkemuka Coty Inc dengan nilai USD600 Juta (~RM2.46 bilion) yang menjadikan Coty Inc sebagai pemegang majoriti saham untuk Kylie Cosmetics.

Coty Inc merupakan syarikat hebat di sebalik jenama kecantikan dan minyak wangi ternama di seluruh dunia antaranya Dolce & Gabbana, Guess, Katy Perry Perfumes, Wella dan banyak lagi. Kylie Cosmetics kini secara rasmi menjadi antara 77 jenama besar yang dikendalikan Coty Inc.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas ini, Coty Inc akan menjaga portfolio serta pengedaran jenama ini di seluruh dunia sementara Kylie akan terus meneraju Kylie Cosmetics dari segi kreatif dan komunikasi. Kylie, 22 melancarkan produk kosmetik ini pada tahun 2015 dan jualan menggalakkan produk ini membuatkan Kylie bergelar bilionaire di usia muda.

Pembelian pegangan saham Kylie Cosmetics ini dilihat sebagai salah satu strategi Coty untuk membeli jenama yang mempunyai peminat serta pembeli yang lebih ‘muda’. Kylie Cosmetics juga mempunyai potensi untuk berkembang lebih besar di bawah kendalian Coty Inc.

Urusan ini menguatkan lagi status Kylie Jenner sebagai businesswoman yang berjaya di Hollywood. Bermula sebagai produk yang hanya dijual atas talian, kini Kylie Cosmetics sudah dijual di 1,100 lokasi seluruh Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, Kylie Jenner juga telah menggantikan pengasas Facebook Mark Zuckerberg sebagai individu paling muda dalam sejarah bergelar bilionair. Anda boleh baca tentangnya lagi di sini.

Kylie Jenner Mengatasi Mark Zuckerberg Sebagai Bilionair Termuda

Kylie Jenner Sewa Kapal Kontroversi ‘Equanimity’ Untuk Sambut Hari Lahir Ke-22

Sumber