Buat anda yang sedang mencari destinasi percutian dalam negara namun masih mampu memberi pengalaman seolah berada di negara luar, Country Garden yang terletak di Danga Bay, Johor ini mungkin boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Jika anda memilih untuk bermalam di Country Garden ini, anda akan dapat tempat penginapan yang bukan sahaja cantik, tapi anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah seperti berada di negara Eropah.

42619687_1970862546290824_4081479396727193600_n

Sumber: Facebook Country Garden Danga Bay

Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega yang terdiri daripada unit kediaman tepi laut, pantai buatan manusia, marina dan kedai-kedai komersil dengan banyak penekanan pada lanskap yang sangat menarik.

37883052_1881593685217711_3802909759233851392_n

Sumber: Facebook Country Garden Danga Bay

Malah lokasinya yang berhadapan dengan Pantai Danga Bay yang merupakan terbaik di Johor menjadikan ia tarikan kepada orang ramai. Pantai Danga Bay mempunyai hampir 25 km garis pantai yang tersebar di tepi pantai, menjadikannya pantai utama di Johor.

37871304_1881590645218015_3232970974898946048_n

Sumber: Facebook Country Garden Danga Bay

38072528_1886359211407825_685344783211692032_n

Sumber : Facbook Country Garden Danga Bay

Buat anda yang sedang mencari tempat yang mewah serta selesa untuk seisi keluarga, Country Garden Johor mungkin antara tempat yang boleh masukkan dalam list anda. Bukan sahaja berada di dalam Malaysia malah ianya turut menjanjikan tempat percutian yang tenang dan cantik beserta dengan kemudahan yang lengkap.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group