Mungkin dek kerana lagunya yang merdu dan iramanya yang catchy serta rupa penyanyi yang kacak, ramai tertarik mendengar lagu Humood Al-Khader bertajuk Kun Anta. Liriknya pun cantik berseni, menjadi motivasi tatapan kita hari ini. Semoga kita mendapat manfaat yang ingin ditonjolkan daripada lagu ini.

Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. Semakin bertambah hingga ke atas.

Petikan dari penyanyi asal, Humood Al-Khader

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →


Terjemahan lirik penuh ‘Kun Anta’:

Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga.

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan.

Tetapi yang ku peroleh hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dari dalam (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. Semakin bertambah hingga ke atas.

Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku.

Hal ini ku rasakan sudah cukup dan aku sangat pasti.

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

Aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku.

Fenomena ini menumbuhkan beberapa cover yang menarik untuk ditonton.

Cover Kun Anta oleh Wani menggunakan gitar

Cover Kun Anta oleh Sheryl Shazwanie menggunakan ukulele

Tidak ketinggalan, Nabil Asyraf turut membuat cover lagu ini

Neelofa juga comel membuat lip-syncing Kun Anta

Semoga kita bukan setakat terhibur tetapi mengambil iktibar daripada mesej yang cuba disampaikan.

BACA: Lihat The Rock “Lip Sync” Lagu Shake It Off. Power Betul!

BACA Lagi: The Impatient Sisters – Band Folk Akustik Tempatan Dengan Bunyi Segar Luar Biasa

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram