Sebuah berita baik buat rakyat Malaysia apabila didapati sebuah kajian dari University of Technology and Design (SUTD), Singapura meramalkan penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan pelbagai pihak bakal berakhir seawal 6 Mei ini.

Menurut SUTD, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu ini menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) beserta jangkaan diatas graf.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →
81587883275_freesize

Graf jangkaan penularan wabak COVID-19 di Malaysia

Untuk pengetahuan, kaedah ini turut pernah digunakan sebelum ini bagi beberapa penyakit lain seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) serta AIDS.

Berdasarkan kajian yang dikongsikan, dunia hanya akan pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 seawal 8 Disember ini manakala 29 Mei ini bakal menyaksikan peratusan jangkitan ini bakal menurun kepada 97 peratus.

51587883289_freesize

Graf jangkaan penularan wabak COVID-19 dunia

Meskipun sekadar kajian dan ramalan, berita baik ini pastinya membuatkan orang ramai khususnya di Malaysia lega. Walau bagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai wabak COVID-19 di Malaysia.

Dalam pada itu, arahan daripada pihak kerajaan yang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei haruslah dipatuhi bagi memutuskan rantaian COVID-19.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Jazz Hotel di Pulau Pinang dilaporkan telah menjadi hotel di Malaysia yang terpaksa ditutup berikutan COVID-19.

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Isu Rokok Seludup Dijangka Akan Bertambah Teruk Akibat Pandemik COVID-19

Anda Mungkin Suka