Israel telah mengesan kes pertama penyakit Florona yang namanya diambil sempena gabungan wabak COVID-19 dan Influenza. Menurut media antarabangsa, pesakit pertama Florona adalah seorang wanita hamil yang masih belum diberi vaksin. Beliau dibawa ke Pusat Perubatan Rabin semasa beliau mahu bersalin.

Laporan menyebut bahawa Florona bukanlah varian baharu COVID-19, namun ia adalah penyakit di mana COVID-19 dan influenza menjangkiti seseorang pada satu masa. Para doktor di Israel kini sedang giat mengkaji lebih dalam mengenai Florona dan difahamkan bahawa kes influenza kini sudah mula meningkat di sana. Dr Nahla Abdel Wahab di Hospital Universiti Kaherah menjelaskan, Florona boleh menyebabkan kerosakan besar pada sistem imun manusia, kerana dua virus masuk ke dalam tubuh secara serentak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam salah satu kenyataan, manusia berkemungkinan besar untuk dijangkiti kedua-dua penyakit dalam satu masa yang sama. Tambah kenyataan itu lagi, cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 dan influenza adalah dengan mengambil vaksin.

Difahamkan bahawa jika dijangkiti influenza dan COVID-19 secara serentak, ia disebabkan oleh kegagalan serius sistem imun seseorang. Namun laporan itu turut menunjukkan bahawa wanita yang dibawa ke hospital untuk bersalin tidak diberi vaksin terhadap kedua-dua penyakit.

Kemunculan penyakit Florona itu berlaku ketika dunia sedang dilanda dengan lonjakan kes COVID-19 sejak varian baharu Omicron dikesan buat pertama kali. Negara Eropah seperti United Kingdom dan Perancis mencatatkan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi. Amerika Syarikat pula terus mendahului carta sebagai negara paling teruk terkesan oleh wabak ini.

Israel pula kini sedang giat menyuntik dos keempat kepada rakyatnya dan merupakan negara pertama yang melakukan hal terbabit. Suntikan vaksin dos keempat bermula di Pusat Perubatan Sheba pada Jumaat lalu. Penerima pertamanya difahamkan adalah orang yang baru sahaja menjalani pemindahan paru-paru.

Ketua Anti-Vaksin Israel mati akibat COVID-19, minta pengikutnya sambung perjuangan menentang vaksin. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ketua Anti-Vaksin Israel Mati Akibat COVID-19, Minta Pengikutnya Sambung Perjuangan Menentang Vaksin

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan