Itali negara paling teruk dilanda wabak COVID-19 apabila pihak berkuasa tempatan melaporkan 627 orang meninggal dunia dalam masa 24 jam. Tambahan jumlah kematian baru ini telah merekodkan angka keseluruhan kes kematian di Itali menjangkau angka 4,032 – jumlah tertinggi di dunia.

Kerajaan Itali dalam satu kenyataan melaporkan jumlah mereka yang dijangkiti wabak coronavirus telah meningkat 14% menjadikan angka besar sebanyak 37,860, lapor Al Jazeera.

Wilayah Lombardy utara terkesan teruk dengan wabak COVID-19 yang dilahirkan di Wuhan, China apabila mencatatkan angka korban sebanyak 2,546. Ini bermakna, setengah daripada angka kematian di Itali adalah berpusat di Lombardy.

Kerajaan Itali telah mengerahkan semua pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan langkah-langkah yang perlu bagi mengekang penularan wabak ini. Antara langkah yang di ambil adalah dengan mengeluarkan arahan ‘lockdown’.

Pakar melihat situasi ini akan mengambil masa yang lama walaupun notis penutupan sekolah-sekolah hanya akan dilakukan sehingga tarikh 3 April. Namun keadaan semasa telah memaksa untuk Itali memikirkan langkah yang drastik untuk menghentikan penularan wabak ini.

COVID-19 muncul buat pertama kali di Wuhan, China pada Desember tahun lalu. Kini virus tersebut telah menyebar ke 163 negara. Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) telah menyatakan wabak tersebut sebagai pandemi.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Liam Gallagher Mahu Oasis Bersatu, Jayakan Persembahan Amal Untuk Mangsa COVID-19

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

Kematian Kini 32 Kes, Lebih 600,000 Penduduk Indonesia Berisiko Positif COVID-19

Sumber