Dunia kini perlu berwaspada dengan penemuan varian Delta versi baharu yang diklasifikasikan oleh kerajaan United Kingdom (UK) sebagai ‘varian dalam siasatan’. Dinamakan sebagai Delta AY.4.2, ia dilaporkan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyelidik dunia.

UK ketika ini menghadapi gelombang ketiga COVID-19 dengan rata-rata 40,000 hingga 50,000 kes setiap hari minggu lalu. Daripada peningkatan kes, Lembaga Keselamatan Kesihatan UK mendapati bahawa varian Delta AY.4.2 telah mula merebak dalam komuniti di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apakah Delta AY.4.2?

AY.4.2 adalah bahagian baru varian Delta, keturunan virus korona SARS-CoV-2 yang paling mudah menyebar, menyebabkan lonjakan kes COVID-19 di pelbagai negara pada tahun 2021.

Jeffrey Barrett, pengarah Inisiatif Genomics COVID-19 di Wellcome Sanger Institute di Cambridge, dan Francois Balloux, pengarah University College London Genetics Institute, memberitahu Financial Times bahawa varian Delta AY.4.2 mempunyai kemampuan 10 hingga 15 peratus lebih berjangkit daripada varian Delta yang asal.

Walaupun jejaknya sudah mula diselidiki oleh kerajaan UK, AY.4.2 masih belum dikelaskan sebagai ‘varian dalam siasatan’ (variant under investigation/VUI) atau ‘varian yang menjadi perhatian’ (variant of concern/VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ini bermakna WHO masih menganggap bahawa varian Delta AY.4.2 masih belum mempunyai perubahan genetik yang berbahaya untuk menjejaskan penghantaran, keterukan penyakit dan imuniti daripada antibodi.

Adakah varian Delta AY.4.2 lebih menular?

Delta AY.4.2 masih lagi berada dalam siasatan dan belum diketahui adakah ia mudah berjangkit. Bagaimanapun, status itu boleh berubah jika para penyelidik menjumpai bukti kukuh yang mengesahkan persoalan ini.

Penyelidik Britain sendiri kini mempelajari lebih lanjut mengenai varian Delta AY.4.2. Jika dakwaan Barrett dan Balloux disahkan, AY.4.2 akan menjadi jenis coronavirus yang paling menular sejak wabak itu bermula.

Jurucakap rasmi perdana menteri Britain meminta orang ramai bertenang dan tidak panik. “Tidak ada bukti untuk itu (lebih mudah menular), tetapi seperti yang anda jangkakan, kami mengawasinya dengan teliti dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu.” kata jurucakap itu kepada Sky News.

Sementara itu, profesor imunologi di Imperial College London, Danny Altmann, memberitahu CNBC bahawa subjenis AY.4.2 “perlu dipantau dan dikawal dengan teliti.”

“Kerana Delta kini menjadi varian dominan di beberapa wilayah selama enam bulan dan tidak digantikan oleh varian lain, harapannya adalah bahawa Delta mungkin mampu mewakili mutasi puncak yang dapat dicapai oleh virus. AY.4 mungkin mula menimbulkan keraguan mengenai dakwaan ini,” katanya memberi amaran.

Pasukan penyiasat WHO dakwa COVID-19 bukan berasal dari Wuhan, gagal temukan bukti kukuh. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pasukan Penyiasat WHO Dakwa COVID-19 Bukan Berasal Dari Wuhan, Gagal Temukan Bukti Kukuh

Ubat COVID-19 Berbentuk Pil Dari Pfizers Diuji Pada Manusia, Bakal Digunakan Pada Akhir Tahun Ini?

Kos Kebumi Mangsa COVID-19 Mahal, Keluarga Di India Pilih Buang Mayat Di Sungai