Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mungkin menghadiri perkahwinan salah seorang peminatnya di Indonesia tidak lama lagi, lapor Coconuts Jakarta.

Bekas pemain Real Madrid ini mempunyai ikatan yang rapat dengan salah seorang mangsa tsunami Aceh, Martunis, dengan dia dilaporkan telah mempelawa Ronaldo untuk hadir ke majlis perkahwinannya.

Mangsa tsunami Aceh ini bakal mengahwini teman wanitanya, Sri Wahyuni ditanya adakah Ronaldo akan membuat penampilan di majlis perkahwinannya dan dia hanya menjawab, “Insya’Allah jika dia tidak sibuk.” Katanya.

Walau bagaimanapun, tarikh perkahwinan masih belum diputuskan lagi dan jadual yang terperinci perlu dilakukan oleh Martunis jika dia mahu membawa Ronaldo ke majlis perkahwinannya.

Martunis mempunyai hubungan yang rapat dengan Ronaldo dan telah bertemu penyerang Juventus beberapa kali – antaranya pertemuan mereka di Turin, Itali pada bulan Ogos lalu.

Mereka juga pernah bertemu di sebuah acara Shopee di Singapura selepas penyerang itu menjadi duta kepada jenama e-dagang.

Pada 26 Disember 2004, Martunis kehilangan ibu dan dua adik-beradiknya semasa tsunami yang membunuh lebih 230,000 orang. Martunis berumur tujuh tahun pada waktu itu dan dia selamat selama 21 hari terkandas di pantai seorang diri. Ketika diselamatkan, dia memakai jersi pasukan bola sepak kebangsaan Portugis.

Kisahnya telah sampai kepada orang-orang di Portugal yang membawa kepada sokongan moral, manakala Persekutuan Bola Sepak Portugal menyumbangkan wang bagi membina rumah Martunis.

Kemudian, pada tahun 2005, Cristiano Ronaldo sendiri melawat Martunis di Aceh dan berjanji untuk membayar pendidikannya. Ronaldo juga menjemput Martunis untuk melawat Sporting Lisbon.

Kami pernah melaporkan pertemuan di antara Ronaldo dan mangsa tsunami Aceh. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ronaldo Bertemu Kembali Mangsa Tsunami Aceh Yang Diselamatkannya Kerana Shopee

Kerana Cristiano Ronaldo, Jualan Shopee 9.9 Super Shopping Day Meningkat 3 Kali Ganda

Pendapatan Instagram Cristiano Ronaldo Dilaporkan Lebih Tinggi Berbanding Di Juventus