Cristiano Ronaldo dilaporkan telah memberikan ‘nafkah’ kepada teman wanitanya, Georgina Rodriguez sebanyak RM400,000 sebulan bagi membantu beliau untuk mengekalkan gaya hidup mewah.

Bintang kelahiran Portugal dan Rodriguez menjalani gaya hidup mewah di Turin dengan gaji RM150 juta setahun dari Juventus.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Corriere dello Sport mendakwa Ronaldo gembira memberikan Rodriguez, 26 tahun, dengan jumlah ‘nafkah’ yang besar setiap bulan kerana dia menjaga anak-anak Ronaldo.

Dengan wang yang berjuta-juta masuk ke keluarga ini setiap bulan, ia sebenarnya tidak hairan jika jumlah wang yang diperoleh oleh Rodriguez sebesar itu. Tambahan pula dengan gaya hidup mewah, jumlah ini dilihat biasa oleh beberapa pemerhati.

Bercuti di kapal mewah sudah menjadi kebiasaan buat pasangan ini. Mereka juga sering disambut dengan hadiah yang mahal.

Untuk rekod, ulang tahun ke-35 Ronaldo, teman wanita beliau telah memberikan Mercedes G-Wagon yang dibalut dengan harga permulaan sebanyak RM500,000.

Mereka juga dilihat menggayakan aksesori mahal dengan jam tangan Ronaldo sahaja dilaporkan berharga RM2.7 juta, manakala Rodriguez pula telah dibayar sebanyak RM35,000 bagi setiap ‘post’ berbayar di Instagram miliknya.

Rodriguez berasalah dari kampung kecil di Jaca, utara Sepanyol. Sebagai seorang kanak-kanak, dia bercita-cita mahu menjadi penari balet. Tetapi kerana ibu bapanya tidak mempunyai wang untuk menghantarnya ke sekolah menari, Georgina mula menceburi bidang fesyen.

Baca cerita lain mengenai Cristiano Ronaldo, klik pautan di bawah untuk membaca.

Cristiano Ronaldo Menjadi Manusia Pertama Dengan 200 Juta Pengikut Di Instagram

Cristiano Ronaldo ‘Bakal’ Turun Ke Indonesia Bagi Hadiri Majlis Perkahwinan Peminat

Anda Mungkin Suka