Siapa sahaja tidak mengenali Cristiano Ronaldo yang merupakan seorang pemain bola sepak terunggul di dunia malah mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial. Kini beliau juga dilihat mahu menyertai dunia blockchain dengan kerjasama Binance.

Terbaharu, Cristiano Ronaldo telah berkerjasama dengan Binance untuk melancarkan siri koleksi NFT CR7 secara eksklusif menerusi Binance NFT. Ini merupakan siri pertama yang menampilkan ikon bola sepak itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Binance

Koleks NFT CR7 ini bakal tersedia kepada pengguna pada 18 November kelak. Pelancaran ini juga menandakan bintang bola sepak ini bakal berkerjasama untuk beberapa tahun lagi bersama salah satu platform dagangan kriptowang terbesar di dunia.

Dengan pelbagai pencapaian yang diterima sepanjang karier beliau di dalam arena bola sepak, beliau mahu berkongsikan detik-detik ikonik di dalam kehidupannya menerusi koleksi NFT CR7 itu. Difahamkan koleksi ini mempunyai empat tahap rarity  yang merangkumi Normal, Rare, Super Rare dan Super Super Rare.

Jadi, para peminat boleh mendapat akses memorabilia CR7 yang eksklusif menerusi Binance sahaja. Setiap koleksi ini merupakan set animasi patung dan juga koleksi video detik-detik ikonik di dalam dunia bola profesional dan juga kehidupan beliau secara eksklusif mengikut tahap rarity.

Malah dengan populariti yang beliau miliki dapat menarik lebih banyak peminat untuk menerokai ruang blockchain dan menjadi komuniti Web3 menerusi koleksi NFT tersebut. Jika anda mahu mengetahui kemas kini maklumat terbaharu berkenaan koleksi eksklusif NFT CR7, boleh ikuti profil Twitter rasmi Binance.