Nampaknya setelah bertahun-tahun Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan masalah melarikan diri daripada membayar cukai akhirnya mahkamah tinggi Sepanyol telahpun mengeluarkan kata putus.

Berdasarkan kesalahan yang dibuat, Cristiano Ronaldo pada awalnya dikenakan denda sebanyak $22 juta (RM89 juta) dan dua tahun penjara. Walaubagaimanapun, beliau telah mendapat pengecualian penjara memandangkan ini merupakan pertama kali beliau disabit kesalahan berdasarkan laporan mahkamah.

Dari segi jumlah, cukai yang ‘dielakkan’ Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 sehingga 2014 dianggarkan bernilai €14.77 juta (RM70 juta) dan telahpun dikurangkan kepada $6.6 juta (RM19.7 juta) selepas rayuan dibuat. Walaubagaimanapun, beliau tetap dikenakan denda bernilai $22 juta (RM89 juta) atas kesalahan yang dibuat.

Selain Cristiano Ronaldo, Leo Messi dan Angel Di Maria antara yang terlibat dalam masalah melarikan diri daripada membayar cukai di Sepanyol.