Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Cristiano Ronaldo merupakan salah satu pemain bola sepak ternama dunia yang cukup dikenali dengan koleksi kereta mewah hasil bermain untuk beberapa buah kelab terkenal.

Baru-baru ini, tular berita mengenai pemain berusia 36 tahun itu dilihat memandu kereta Bentley Flying Spur baharu bernilai £250,000 (RM1.4juta) ke pusat latihan pasukan Manchester United di Carrington sambil diiringi dua orang pengawal peribadinya yang menaiki SUV Range Rover.

Menurut laman portal Mirror.co.uk, model Bentley tersebut merupakan satu-satunya jenama kereta mewah daripada sejumlah supercar yang dimiliki oleh penyerang Portugis itu.

Antara kereta-kereta mewah lain yang turut dimiliki Christiano Ronaldo ialah Bugatti Veyron, Chiron dan Centodieci, Ferrari F12 tdf, 599 GTO dan Monza serta beberapa buah jenama kereta mewah lain seperti Audi R8, Aston Martin DB9 dan Lamborghini Aventador.

Difahamkan baru-baru ini Forbes menamakan Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang pemain bola sepak meraih pendapatan tertinggi tahun ini dengan nilai £91.5 juta pound (RM523.30 juta).

Sementara itu, gambar helikopter yang dikongsikan oleh Neymar telah menarik perhatian peminatnya dari seluruh pelusuk dunia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Diinspirasikan Dari Karakter ‘Superhero’, Helikopter Neymar Bernilai Lebih RM60 Juta Jadi Tumpuan Ramai

Ferrari Milik Pemain Bola Sepak Itali Ranap Di Tangan Pekerja ‘Car Wash’

Sergio Aguero Akui Menyesal Beli Lamborghini Aventador Bernilai RM1.98 Juta

Anda Mungkin Suka