Cristiano Ronaldo adalah nama besar dalam industri sukan bola sepak. Dia telah berjaya mencipta pelbagai sejarah sejak membuat penampilan bersama Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan terbaharu, Juventus.

Baru-baru ini, tular harga cincin pertunangan bintang kelahiran Portugal dan juga tunangnya, Georgina Rodriguez. Cincin itu dilaporkan cincin pertunangan paling mahal di kalangan WAG (isteri dan teman wanita pemain bola).

Ronaldo dilaporkan telah memberi cincin bertatahkan berlian yang beharga £ 615,000 (RM3.2 juta) kepada Georgina. Ya, nilai cincin ini hebat dan tidak hairanlah ia adalah salah satu cincin pertunangan yang paling mahal.

Screenshot 2020-09-16 at 6.38.24 AM

Berita ini dilaporkan oleh laman GamblingDeals yang bertanggungjawab mengumpul koleksi cincin paling mahal dari kalangan pemain bola sepak.

Cincin yang diberikan Ronaldo kepada Georgina berasal dari jenama Cartier,  ia hadir dengan bertatahkan berlian besar di bahagian tengah dan dikelilingi oleh berlian kecil di tepinya.

Ronaldo telah melamar Georgina sejak tahun 2018. Namun, sehingga kini belum ada tanda-tanda bahawa mereka berdua akan berkahwin.

Screenshot 2020-09-16 at 6.38.42 AM
The Sun

Mereka diketahui rapat sejak 2016. Hubungan Ronaldo dan Georgina di lihat serius kerana mereka sudah mempunyai anak perempuan bernama Alana yang kini berusia dua tahun.

Di tempat kedua adalah cincin pertunangan penjaga gawang Jordan Pickford untuk isterinya Megan Davison. Cincin pertunangan yang diberikan Jordan bernilai £ 500,000 (RM2.6 juta).

Cincin pertunangan ketiga termahal adalah dari pemain bola sepak Ashley Cole kepada bekas isterinya Cheryl Cole. Ashley memberikan cincin mewah dengan harga £ 275,000 (RM1.4 juta).

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Cristiano Ronaldo ‘Bakal’ Turun Ke Indonesia Bagi Hadiri Majlis Perkahwinan Peminat

Cristiano Ronaldo Bayar ‘Nafkah’ RM400,000 Sebulan Kepada Teman Wanitanya

Nike Kembalikan Rekaan Klasik Mercurial Vapor Future DNA ‘Tribute’ Buat Cristiano Ronaldo

Sumber