Cristiano Ronaldo kini adalah atlet dengan pendapatan paling tinggi di dunia. Siiiiiii! Forbes mengeluarkan senarai atlet yang menerima bayaran tertinggi dalam sukan yang mereka ceburi dan peninju Floyd Mayweather tidak pun berada dalam senarai top 10 atlet yang dikeluarkan Forbes kali ini.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Mayweather di tangga No.1 tiga kali dalam 4 tahun lepas dan pemain golf Tiger Woods mendominasi tangga pertama senarai ini sebanyak 12 kali ketika di waktu puncaknya dan kini atlet dari sukan bola sepak pula merampas takhta No.1.

Ronaldo mengumpul USD88 juta dalam 12 bulan lepas hasil dari gaji, bonus dan juga tajaan produk. Beliau adalah atlet kedua selepas Michael Jordan yang berjaya mendapat tempat No.1 dari sukan berpasukan semenjak ranking ini diperkenalkan pada tahun 1990.

Menurut Forbes, USD50 juta yang diterimanya adalah dari Real Madrid dan baki USD32 juta lagi adalah dari tajaan luar padang seperti dengan jenama Nike, Tag Heuer, Herbalife, shampoo Clear dan banyak lagi. Di bawah adalah top 10 atlet dengan pendapatan tertinggi sepanjang tahun lepas.

1. Cristiano Ronaldo – USD88 juta (Bola sepak)

for 1

2. Lionel Messi – USD81.4 juta (Bola sepak)

for 2

3. LeBron James – USD77.2 juta (Bola keranjang)

4. Roger Federer – USD67.8 juta (Tennis)

for 4

5. Kevin Durant – USD56.2 juta (Bola Keranjang)

for 5

6. Novak Djokovic – USD55.8 juta (Tennis)

for 6

7. Cam Newton – USD53.1 juta (Rugbi Amerika)

for 7

8. Phil Mickelson – USD52.9 juta (Golf)

for 8

9. Jordan Spieth – USD52.8 juta (Golf)

for 9

10. Kobe Bryant – USD50 juta (Bola keranjang)

for 10

Walaupun Cristiano sudah membayar cukai, beliau masih lebih kaya dari Messi. Kalau anda mahu lihat senarai penuh yang dikeluarkan Forbes, anda boleh tekan di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group