Siapa sangka di sebalik kehadiran pelbagai selebriti popular dunia, Cristiano Ronaldo selaku pemain bola sepak berjaya muncul sebagai manusia pertama dengan jumlah pengikut di Instagram sebanyak 200 juta.

Jumlah pengikut yang baru sahaja dicapai beliau sekaligus berjaya mengalahkan beberapa selebriti dan ahli sukan ternama seperti Ariana Grande, Dwayne Johnson, Selena Gómez and Beyoncé, Leo Messi dan Neymar.

Berdasarkan pencapaian yang baru sahaja dicapai beliau, Cristiano dilihat mendedikasikan kejayaan beliau bersama orang ramai yang bersama beliau sepanjang karier sehingga kini.

Sebelum ini dilaporkan pendapatan melalui Instagram Cristiano Ronaldo dilaporkan lebih tinggi berbanding apa yang diterima beliau di Juventus. Menurut Hopper HQ, Cristiano Ronaldo berjaya memperoleh €900, 000 (RM4.05 juta) secara purata berdasarkan setiap iklan yang dimuat naik di Instagram beliau.

Untuk pengetahuan, akaun dengan jumlah pengikut tertinggi di Instagram bukanlah milik Cristiano Ronaldo sebaliknya akaun @instagram sendiri yang berjaya mengumpul 330 juta pengikut seluruh dunia. Tahniah diucapkan buat Cristiano Ronaldo diatas kejayaan beliau.

Kehadiran Cristiano Ronaldo ternyata berjaya memberi impak kepada jualan 9.9 yang diadakan Shopee. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Kerana Cristiano Ronaldo, Jualan Shopee 9.9 Super Shopping Day Meningkat 3 Kali Ganda

Pendapatan Instagram Cristiano Ronaldo Dilaporkan Lebih Tinggi Berbanding Di Juventus

Cristiano Ronaldo ‘Bakal’ Turun Ke Indonesia Bagi Hadiri Majlis Perkahwinan Peminat