Mungkin ramai yang tidak tahu bintang bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo adalah salah seorang peminat atlet seni mempertahankan diri MMA Khabib Nurmagomedov.

Malah dia baru-baru ini memberikan sokongan kepada penggusti daripada Rusia itu dalam perlawanan seterusnya menentang Justin Gatethje ketika sesi live di Instagram miliknya.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Ronaldo yang kini sedang menjalani kuarantin memberikan sokongan itu selepas ditanya peminatnya siapakah yang menjadi pilihannya untuk perlawanan Khabib yang seterusnya.

“Sudah pasti, sudah pasti Khabib akan menang.

“(Dia) saudara saya, insya-Allah,” kata Ronaldo.

Respon bintang Juventus itu memberikan sokongan kepada Khabib dan mengucapkan insya-Allah itu menjadi antara topik perbualan hangat di media sosial minggu ini.

Kedua-dua mereka bagaimanapun sebelum ini pernah bertemu pada 2018 dan Ronaldo pernah menghadiahkan jersi Real Madrid miliknya kepada Khabib sebelum ini.

ronaldo-and-khabib-e1603028800198

Ronaldo ketika bertemu Khabib pada 2018

Bagaimanapun Khabib bukanlah satu-satunya bintang MMA yang pernah ditemui Ronaldo malah beliau sebelum ini juga pernah berjumpa dengan Conor McGregor.

Jika Khabib menerima jersi daripada Ronaldo, Conor pula sempat berkongsi gelanggang dengan bintang bola sepak dunia itu pada 2016 di Las Vegas.

mcg

Pertemuan dalam gelanggang antara Ronaldo dan McGregor sebelum ini.

Khabib dijadualkan bertemu dengan Justin Gaethje dalam acara UFC 254 pada 24 Oktober ini.

Pertembungan ini juga merupakan perlawanan pertama Khabib selepas kematian bapa yang juga merupakan jurulatihnya Abdulmanap pada Julai lalu.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai Khabib yang berlatih bersama beruang di zaman kanak-kanaknya melalui pautan di bawah. 

Lihat Bagaimana Khabib Berlatih Bersama Beruang Ketika Berusia 9 Tahun

Conor McGregor Ajar Bagaimana Cara Memperoleh RM7.9 Juta Dalam Masa Satu Saat

Peninju MMA Muslim Ini Tolak Habuan Lumayan Bertarung Di Bulan Ramadan

Anda Mungkin Suka