Ternampak saja kelibat polis atau mana-mana sekatan jalan raya pasti sebahagian besar (jika tidak semua) daripada kita akan mula berasa takut dan berdebar-debar walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Maka tidak hairanlah jika perkara sama turut berlaku kepada gadis ini, Nurul Syafika yang berkongsikan kisahnya bersama The Vocket apabila ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di Tangkak, Johor baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengalamannya yang pertama kali dikongsikan di Twitter itu sedikit berbeza dengan apa yang dilalui individu-individu lain atau mungkin boleh dikatakan sebagai sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Emn_3FLW4AEsGH_
Sekatan jalan raya yang dilalui Nur Syafika di Johor baru-baru ini.

Hal ini kerana jelasnya beliau bukan ditahan kerana melakukan sebarang kesalahan tetapi ditahan selepas salah seorang anggota polis yang bertugas ternampak tayar keretanya yang telah pancit ketika melalui sekatan jalan raya berkenaan.

“Jadi tadi (ceritanya) saya nak keluar beli barang, tiba-tiba abang polis suruh berhenti tepi.

“Saya dah cuak gila, rupanya (sebab) tayar bocor,” kongsinya di Twitter pada semalam sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota keselamatan yang terlibat.

Mengimbas kembali mengenai kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat di Tangkak itu, Nurul Syafika berkata hanya tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya ketika itu.

Malah beliau pada awalnya menyangkakan isyarat yang ditunjuk oleh anggota polis bertugas itu kerana pemakaian pelitup mukanya yang sedikit melepasi paras hidung kerana sedang mengunyah gula-gula getah.

“Waktu tunggu turn kena tanya (oleh polis) saya memang ada nampak polis tengah berehat dekat tepi sambil tunjuk tunjuk kereta saya, rupanya tayar bocor.

“Allah saja tahu perasaan itu, berdebar lah ingatkan sebab pakai mask paras hidung,”jelasnya.

Susulan daripada kejadiannya ‘dihentikan’ itu, pihak polis serta anggota keselamatan yang lain mengambil masa sekitar 30 minit untuk menukar tayar keretanya ketika itu. Tambahnya lagi ketika, terdapat juga beberapa anggota keselamatan yang berada di lokasi berkenaan menyaksikan kejadian tersebut.

Emn_8FFWMAIiELf
Anggota polis dan rela yang bertungkus lumus membaiki tayar keretanya.

Terharu dengan bantuan yang diberikan anggota keselamatan ketika baru-baru ini, Nurul Syafika kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota yang terlibat.

Bukan sahaja mengucapkan syukur dan terima kasih, namun beliau turut mengharapkan orang ramai tidak terus bersangka buruk terhadap petugas-petugas keselamatan.

“Saya nasihatkan semua jangan lah sentiasa bersangka buruk dan pantas memghukum anggota polis atau badan beruniform atau sesiapa sahaja.

“Jangan disebabkan satu kesalahan, orang lain pun terkena tempias,” pesannya.

Perkongsian asal Nurul Syafika di Twitter yang menceritakan pengalamannya diselamatkan anggota polis itu telah meraih lebih 5,000 retweet (perkongsian) dan hampir 14,00 likes (tanda suka).

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen positif mengenai tindakan murni anggota polis berkenaan dan pada masa sama memuji pertolongan yang telah diberikan.

Baca juga kisah dan penghargaan lelaki ini yang menceritakan bagaimana bapanya diselamatkan pekerja stesen minyak selepas tersesat dari Selangor ke Perak melalui pautan di bawah. 

Tersesat Dari Selangor Ke Perak, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Bapanya Diselamatkan ‘Good Malaysian’

Hanya Ibu Dan Ayah Sebagai ‘Talent’, Pemuda Ini Hasilkan Video Serawa Durian Paling Menyelerakan

‘Pecah Guni Semua Keluar Pakaian Dalam’- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beli Bundle ‘Puaka’

Sumber