Jika di Indonesia perlukan anggota polis menggunakan senjata bagi menyuraikan perlumbaan haram. Tapi di Malaysia, cukup kereta peronda polis hanya membunyikan siren sudah membuatkan mat rempit berasa kecut perut.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan mat rempit terjatuh di tengah lebuh raya secara beramai-ramai setelah menyedari kehadiran kereta peronda polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1389045529149988866?s=20

Video yang berdurasi satu minit ini mendapat ribuan tontonan dan perkongsian telah menarik pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ada yang geli hati melihat keadaan mereka yang kelam-kabut melarikan diri, tidak kurang juga ada yang malu dan kecewa dengan tindakan anak muda-anak muda ini.

vocket-mat-rempit-cuak-polis-1
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
vocket-mat-rempit-cuak-polis-2
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
vocket-mat-rempit-cuak-polis-3
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
vocket-mat-rempit-cuak-polis-4
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
vocket-mat-rempit-cuak-polis-5
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Tidak dapat dipastikan bagaimana kumpulan mat rempit ini boleh terjatuh secara beramai-ramai. Berdasarkan video, kemungkinan sebahagian daripada mereka tergelincir akibat jalan raya yang basah semasa cuba melarikan diri.

Pada akhir video ini anda boleh lihat sebahagian besar mat rempit ini meninggalkan kawan-kawan ‘seperjuangan’ lain yang mengalami kecederaan akibat terjatuh dan kerosakkan pada motosikal mereka.

Baru-baru ini anggota polis di Indonesia telah menggunakan senjata bagi menyuraikan sekumpulan mat rempit yang masih degil berlumba haram.

Masih Degil Lumba Haram, Polis Indonesia Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’

Netizen Mahukan ‘Roadblock’ Setelah Tonton Rakaman Video Polis Tahan Kereta Potong Barisan