Ramai pengguna plaza tol kurang senang apabila ternampak ada penunggang motosikal dihadapan yang akan menggunakan mana-mana lorong kerana takut kebarangkalian mereka terpaksa bayar tol sebanyak dua kali atau berlakunya ‘kemalangan kecil’ antara kereta dengan palang tol.

Baru-baru ini seorang pengguna plaza tol merakam aksi sebuah motosikal menggunakan lorong paling kiri sekali dan pemboncengnya itu dilihat berusaha mahu membayar menggunakan kad Touch ‘n Go.

@ann8nadzri

yg pelik2 je korang ni…hahaha#fypシツ♡ #🤣🤣🤣 #welcome2022goodbye2021

♬ bunyi asal – Din nenas – Din nenas

Tindakan pembonceng motosikal itu membuatkan penjaga pondok tol terpinga-pinga apabila melihat situasi tersebut dan dia meminta motosikal tersebut untuk lalu sahaja di laluan antara kon jalan dan palang tol.

Hantaran video TikTok itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan pelbagai reaksi penonton. Ada yang rasa geli hati dengan tindakan motosikal itu, pada masa sama ada yang tumpang simpati kerana mungkin itu pengalaman pertama mereka menaiki motosikal di jalan raya yang ada plaza tol.

Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri
Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri
Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri
Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri
Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri
Sumber Gambar: TikTok @ann8nadzri

Menurut beberapa pengguna motosikal yang lain lagi, perkara ini adalah biasa buat mereka kerana terdapat beberapa lokasi mempunyai laluan khas motosikal yang tidak selamat kerana tidak diselenggara dengan baik sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila ada laluan khas motosikal telah ditabur paku angkara khianat serta menjadi ‘port panas’ untuk aktiviti menyamun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baca lagi insiden-insiden yang pernah berlaku di plaza tol melibatkan kenderaan dengan motosikal melalui pautan di bawah.

Gara-Gara ‘Lepaskan’ Motosikal Tersangkut, Pemandu Ini Terpaksa Bayar Tol Dua Kali

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Netizen Geram Lihat ‘Rider’ Menyelit Di Laluan Tol Sehingga Kereta Dihempap Palang

Sumber