Pada awal tahun ini, lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai menjadi perhatian warganet apabila ia menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar sempena musim cuti dan hari minggu.

Sebelum ini pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa pengguna lebuh raya tersebut boleh berdepan dengan hukuman denda jika menyalahgunakan lorong kecemasan jalan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun didapati masih ramai yang meletakkan kenderaan di atas lorong kecemasan itu. Buktinya, apabila baru-baru ini ada pengguna jalan raya tersebut merakam aksi seorang penunggang motosikal mengacah mahu menghayunkan topi keledarnya apabila melalui bersebelahan deretan motosikal.

Penunggang motosikal itu dipercayai berbuat sedemikian kerana berasa tidak puas hati terhadap pemandu kereta membunyikan hon kepadanya sebagai tanda peringatan yang pada ketika itu dia sedang berdiri di atas jalan raya dan boleh membahayakan kenderaan lain yang melalui jalan tersebut.

Tindakan penunggang motosikal itu telah mendapat perhatian warganet, ramai yang menyatakan dia patut berasa ‘berterima kasih’ kepada pemandu kereta yang memberikan peringatan kepadanya, bukan cuba menunjukkan lagak samseng kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Warganet juga tidak menolak kebarangkalian penunggang motosikal itu mungkin ‘terkejut’ dihon, lalu untuk ‘cover line‘ di hadapan rakan-rakannya, dia cuba tunjuk cool dengan mengacah mahu menghempas topi keledarnya.

Setakat artikel ini ditulis, video asal telah menerima lebih ratusan komen dan hampir 2,000 perkongsian. Netizen juga meminta pemilik asal video tersebut untuk membuat laporan polis supaya ada tindakan lanjut dikenakan kepada ‘penunggang motosikal samseng’ itu.

Untuk makluman semua, Pengarah JPJ Negeri Sembilan menegaskan mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan di Jalan Temiang-Pantai boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan.

Jika disabit kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan dengan Jalan Temiang-Pantai yang pernah The Vocket kongsikan sebelum ini.

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Selepas Geng Civic FC Dicari Polis, Kelab Kereta Lain Mula Padam Gambar ‘Gathering’ Di Temiang

Jangan Berhenti Di Lorong Kecemasan Jalan Temiang Atau Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan