Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bilangan warga asing di Malaysia semakin bertambah hari demi hari. Ada di antara mereka yang benar-benar ikhlas mencari rezeki demi menyara keluarga di kampung halaman, namun ada yang membuat kacau dan mengancam keselamatan orang kita.
Semalam, tular satu video rakaman yang menunjukan seorang warga asing dipercayai rakyat Bangladesh yang bertindak liar dan luar kawalan di depan rumah seorang warga tempatan.

Video tular yang berdurasi 2 minit 20 saat dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Daniel Mokhtar, menunjukkan aksi seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba memasuki sebuah rumah yang berkunci. Perlakuan kurang sopan lelaki tersebut diperhatikan oleh seorang pengawal keselamatan rumah berkenaan dan seorang perakam video yang dikatakan ayah kepada Daniel.
JARANG AKU JUMPA ORANG HORNY KETUK PINTU!!
Baca thread iya,maybe bosan but baca jella andd sorry quality camera cam nokia 3310๐๐๐ผfon ayah biasa la๐๐ป… pic.twitter.com/7YeUxvpVAE
— daniellll (@danielmokhtar_) October 21, 2019
Menurut thread yang ditulis oleh pengguna twitter tersebut, kejadian dikatakan berlaku pada jam 1.30 pagi apabila dia secara tiba-tiba terdengar suara seorang wanita menjerit meminta tolong. Pada mulanya, dia hanya menyangka suara pergaduhan namun suara tersebut makin lama semakin kuat.
Dia membuat keputusan untuk keluar dan menyiasat punca suara berkenaan dan mendapati seorang lelaki Bangladesh cuba memecah masuk sebuah rumah. Lelaki berkenaan juga berkelakuan lucah sambil berpaut di pintu grill rumah wanita berkenaan. Suara penghuni wanita tersebut kedengaran ketakutan dan meminta pertolongan daripada pengawal yang berada di luar.
Kelakuan lelaki tersebut seperti sedang berada di bawah pengaruh alkohol tetapi menurut Daniel, dia tidak menghidu bau minuman keras pada badan lelaki berkenaan.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati di ruangan komen kepada wanita tersebut dan menasihati supaya rakyat Malaysia lebih berhati-hati walaupun berada di rumah.
Weh takutnya….. stay safe kawan-kawan. Kunci pintu rumah sentiasa. Masuk kereta je kunci pintu. Sentiasa alert dengan keadaan sekitar kita. Orang macam ni biasanya serang when we are unaware. Kalau kita aware, alert insya-Allah dia pun tak berani nak buat apa-apa. Nauzubillah
— ๐ฒ๐พ (๏ฃฟ) ูุงู ุนุฏูู (@WanAdli_) October 21, 2019
This is sickening to the core. That woman might be traumatised for life. If I was there Iโll definitely knock him down so he would stop behaving like an animal ๐ก
— bukan sini (@ainnuralleyaa) October 21, 2019
Omg seram nak mampus. I probably call the police right away. Kalau aku jd mcm ni trauma weh nk keluar rumah. Takut kang dia follow ke apa. Ya Allah i can feel her ๐ญ
— Jos (@najiehamzln) October 21, 2019
Soooo yang mana tngh duduk rumah sorang kee… tengahh duduk bujang kee apa kee please make sure korang kunci grail rumah korangg sebelum tidurr kee nak keluar kee apa2 jellaa!! Lagi2 perempuan yang duduk sorang2 please hati2 ye guyss..
— daniellll (@danielmokhtar_) October 21, 2019
Ini pula kes warga Bangladesh pandai buat duit dengan jual barang ciplak di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia
Warga China Dan Bangladesh Paling Ramai Beli Rumah Di Malaysia