Angkara cuba menyeludup ratusan ribu anak belut melalui lapangan terbang Schiphol, Amsterdam, tiga warga Malaysia telah ditahan oleh polis sempadan Belanda pada Isnin lalu.

Menurut laporan, tiga warga Malaysia iaitu dua lelaki dan seorang wanita dalam perjalanan ke Malaysia melalui Portugal dan tindakan mereka membawa lapan beg pakaian ketika itu membuatkan pihak berkuasa Belanda berasa curiga.

Pegawai pemeriksa NVWA dalam satu kenyataan pada Khamis lalu mengatakan telah menemui 105 kilogram belut kaca iaitu lebih kurang 300,000 ekor anak belut dalam bagasi mereka. Belut tersebut akan dilepaskan semua ke dalam sungai di Belanda.

Untuk pengetahuan anda, spesies belut Eropah sangat terancam dan berkurang sehingga 99 peratus di sesetengah kawasan sepanjang empat dekat yang lalu. Malah, belut kaca ini juga harganya mahal melebihi harga ‘caviar’ di Asia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Terlepas Tuduhan ‘Membunuh’ 11 Tahun Lalu, Netizen Dakwa Lelaki Ini Maut Di Lokasi Pembunuhan Kerana Hukum Karma

Bermula Dengan Van RM200, Dua Gadis Ini Kini Mampu Buka Kedai Kopi Berkonsep Minimalis

Sumber