Walaupun trak pikap dibina untuk kegunaan lasak serta lebih ekstrem berbanding kenderaan lain, namun jika laluan yang digunakan terlalu mencabar dan rumit sudah pasti kereta tersebut akan ‘tersangkut’ juga.

Pelakon utama yang membintangi drama ‘Scammer’, Kamal Adli berkongsi pengalaman di mana trak pikapnya model Mitsubishi Triton tersangkut dalam lumpur semasa berada di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Menurut Kamal, dia sudah lama tidak memandu kereta tersebut, jadi dia mengambil keputusan pergi membeli keropok menggunakan laluan pantai untuk ‘test power’ trak pikap tersebut.

Semasa Kamal menikmati angin petang di tepi pantai tersebut, dia mengambil keputusan untuk cuba membuat aksi pusingan ‘donut’ di hujung pantai. Pusingan pertama dia berjaya membuatnya tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila masuk ke pusingan kedua, trak pikap kesayangannya terus terbenam ke dalam lumpur.

Enam keping gambar yang dikongsikan oleh Kamal di Instagram miliknya cukup membuat orang ramai terhibur sehinggakan ada yang menganggap pelakon tersebut sedang melakukan sesi fotografi untuk pengiklanan untuk model Mitsubishi Triton.

Sumber Gambar: Instagram @kamaladli
Sumber Gambar: Instagram @kamaladli
Sumber Gambar: Instagram @kamaladli
Sumber Gambar: Instagram @kamaladli
Sumber Gambar: Instagram @kamaladli
Sumber Gambar: Instagram @kamaladli

Sebelum matahari terbenam, trak pikap Kamal berjaya diselamatkan dengan bantuan beberapa orang lain dengan menggunakan Mitsubishi Triton dan sebuah jengkaut bagi memudahkan proses mengeluarkan kereta milik pelakon tersebut.

Difahamkan Kamal berada di negeri tersebut ketika waktu itu kerana mempunyai tugasan rasmi untuk sesi bicara santaiĀ  bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Bin Wan Ismail.

Dalam berita hiburan lain, ‘rapper’ terkenal Snoop Dogg memuji siri 16 Baris yang mengangkat bakat-bakat penyanyi rap tempatan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ketengahkan Penyanyi Rap ‘Indie’ Tempatan, Snoop Dogg Puji Siri 16 Baris

Berjaya Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Ronny Chieng Akui Masih Setia Pada Malaysia

Nafi Drama The Hotel Tiru K-Drama, Michael Ang Tepis Dakwaan Netizen

Sumber