Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Undang-Undang memberi amaran kepada anti-vaksin yang cuba menghasut orang ramai agar tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Mana-mana kumpulan anti-vaksin yang bertindak sedemikian akan menghadapi tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor The Vibes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Untuk anti-vaksin, kita tidak memerlukan undang-undang baru; sebaliknya, kita boleh mengambil tindakan menggunakan yang sudah ada.

“Kami mendesak masyarakat untuk tidak menyebarkan perkara provokatif yang berkaitan dengan vaksin COVID-19,” katanya sambil meminta orang ramai agar tidak menimbulkan kerusuhan atau menyebarkan informasi palsu terutamanya di musim wabak COVID-19.

“Sekiranya ada yang enggan mematuhi undang-undang, pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya – bukan kerana kerajaan bersikap kasar, tetapi sebagai jalan terakhir.”

Selain daripada itu, Takiyuddin turut menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19.

Katanya, dasar kerajaan buat masa ini adalah bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela.

“Namun, kami mempunyai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, (keduanya) yang menangani masalah vaksin. Terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.”

Golongan anti-vaksin diundi sebagai manusia paling dibenci pada 2019. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Pada 2019

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Sumber