72 tahun yang lalu, Evelyn McHale ditemui mati di atas bumbung sebuah kereta selepas membuat keputusan untuk terjun dari tingkat 86 dek pemerhatian bangunan Empire State di Amerika Syarikat.

Mayatnya ketika itu ditemui polis trafik yang sedang bertugas di tengah kesesakan bandar New York di atas sebuah kereta limosin milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diletakkan di perkarangan jalan 34th Street.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jasad McHale yang ketika itu kelihatan sedikit pun tidak terusik dengan tangannya masih memegang erat rantai mutiara dan kelihatan seperti dia sedang menikmati tidur yang nyenyak dan bukannya baru lepas membunuh dirinya sendiri.

evelyn
Foto: Robert C. Wiles

Gambar McHale yang masih berada di atas bumbung limosin ketika itu kemudiannya berjaya diambil empat minit selepas kematiannya oleh seorang pelajar fotografi Robert Wiles.

Keputusan Wiles untuk menangkap gambar tersebut terbukti berbaloi apabila gambarnya terpilih sebagai “Picture of The Week” untuk majalah Life dan turut menerima pengiktirafan di serata dunia.

Gambar tersebut dikatakan berjaya merakam kecantikan dan ketakutan dalam detik kematian yang dialami Evelyn dan turut dijadikan inspirasi oleh artis terkenal seperti Andy Warhol dan Taylor Swift dalam penghasilan karya mereka.

Selain menjadi inspirasi kepada karya di seluruh dunia, gambar kematian bunuh diri McHale itu turut menarik minat masyarakat di seluruh dunia dan dikenali sebagai ‘The Most Beautiful Suicide’.

Dan kini, selepas hampir satu abad, kejadian hampir sama berulang lagi di mana seorang lelaki cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di Sabah.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengahari Isnin, lelaki tersebut nekad untuk terjun daripada bangunan lima tingkat di Tawau dan kemudiannya terlantar di atas bumbung kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Bagaimanapun, berbeza dengan kisah McHale di mana cubaan bunuh dirinya berjaya dan dikenang walaupun sudah hampir seratus tahun, lelaki ini pula mengalami nasib yang sedikit berbeza.

Dalam satu perkongsian video yang tular di media sosial, lelaki tersebut kelihatan masih bernyawa dan hanya mengalami patah kaki.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1221787178839072773?s=20

Bukan saja tidak berjaya melakukan percubaan bunuh diri, tetapi tindakan lelaki tersebut turut mendapat kecaman netizen yang menzahirkan simpati terhadap pemilik kenderaan yang terpaksa menanggung kerugian dari tindakan lelaki tersebut.

Capture

Pihak polis bagaimanapun melaporkan lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil dan masih sedarkan diri ketika pemeriksaan awal dilakukan.

“Siasatan secara lisan ke atas lelaki berkenaan mengakui bahawa tekanan kewangan yang dihadapinya selain hutang yang ditanggung mendorong kepada tindakannya untuk membunuh diri,” kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas kepada Astro Awani.

Tindakannya itu bukan saja mengakibatkan kecederaan kepada diri dan kerosakan harta benda kepada pemilik kereta tersebut, tetapi dia juga kini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Tahukah anda, pengasas jenama Kate Spade juga ditemui mati pada 2018 kerana membunuh diri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengasas Jenama Kate Spade Bunuh Diri

Lihat Kawan Jepun Bunuh Diri, Sebulan Aku Tidur Tak Tutup Lampu Kerana Trauma

Korea Dan Memori Bunuh Diri, Akhirnya Aku Sedar Dalam Hidup Kita Memang Perlukan Ini

 

Sumber