Penduduk menjerit dari tingkap mereka, seorang lelaki terdesak untuk menembusi barisan polis, seluruh blok pangsapuri kehabisan makanan dan orang-orang mula berkumpul di jalanan.

Shanghai, kota dengan 30 juta penduduk ini telah menghabiskan 2 tahun untuk cuba melepaskan diri daripada COVID-19, namun perlawanan itu sia-sia dan apabila kes kembali naik, cubaan untuk melakukan perintah yang sama kembali, tetapi dalam keadaan yang sia-sia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akhirnya, bandar ini telah bertindak balas melalui bantahan, lautan penduduk di kawasan perumahan mahupun jalanan berkumpul dan melaungkan rasa ketidakpuasan hati. Mereka menjerit di hadapan apartmen dan orang ramai berkumpul untuk merebut apa sahaja makanan yang tersisa.

Kekurangan bahan keperluan telah menjejaskan kumpulan masyarakat peringkat atas dan bawah di Shanghai. Taikun China, Kathy Xu telah cuba untuk membeli roti dan susu dari luar, tentera marin yang berpangkalan di konsulat AS pula terpaksa meminta makanan dihantar dan beberapa pekerja asing dilaporkan terpaksa makan satu roti kukus setiap dua hari.

“Di Shanghai, kami berada di tengah-tengah taufan, ini juga pengajaran untuk semua bandar lain di China,” kata Rodrigo Zeidan, seorang profesor perniagaan di NYU Shanghai dan Fundacao Dom Cabral yang tinggal di metropolis China sebelum menyambung, “Ia adalah huru-hara. Terdapat banyak kekecewaan dan kemarahan, terdapat pelbagai jenis perasaan. Ia adalah sebuah bandar dengan 30 juta orang. Jadi, terdapat 30 juta individu dengan perasaan mereka sendiri.”

Isu yang mendorong penduduk Shanghai turun ke jalanan dan berhadapan dengan pekerja perubatan dan pihak polis adalah disebabkan bekalan keperluan. Pusat bandar yang menjadi salah satu mercu tanda China ini mengasingkan diri dari dunia luar dengan cara yang mengejut, sehingga tidak memikirkan bagaimana mereka mahu memastikan barangan keperluan terus boleh diakses oleh 30 juta jiwa di sana.

Mao Fang, naib presiden salah sebuah pasar raya terbesar di China, Meituan, berkata sayur-sayuran telah tiba di gudang syarikat itu, tetapi tiada pekerja dari Shanghai yang dibenarkan untuk turun bekerja. Meituan berinisiatif membawa masuk 1000 pekerja dari bandar-bandar lain bagi menyelesaikan masalah ini, namun pihak syarikat masih bergelut untuk menyelesaikan masalah kekurangan.

“[Terdapat] buruh yang tidak mencukupi untuk mengimbangi jumlah peralihan penggunaan dari pelbagai tempat ke satu tempat – rumah anda,” kata David Fishman, seorang penganalisis pasaran tenaga yang tinggal di Shanghai.

Difahamkan masyarakat Shanghai terpaksa bekerjasama membina sebuah kumpulan dengan ratusan penduduk didalamnya untuk membuat pesanan barang keperluan dan meminta sebuah trak besar untuk menghantar barang keperluan mereka.

Fishman memesan barangan runcit bernilai $3700 dengan jirannya untuk meminta mereka menghantar sayur-sayuran, telur, ayam dan bekalan lain.

“Kuncinya ialah memastikan tiada sesiapa yang tercicir, termasuk warga emas yang tidak mahir menggunakan telefon, dan warga asing yang tidak dapat membaca atau mengikuti kelantangan mesej bahasa Cina dalam kumpulan itu,” katanya.

Di sesetengah kawasan, kekurangan bekalan makanan yang sebelum ini telah mencetuskan kemarahan meluas sudah mula kembali surut, tetapi pendatang, warga emas dan para pekerja tetap terjejas apabila China berkeras mahu meneruskan strategi sifar COVID.

Namun rakaman tular yang menunjukkan beberapa orang ditahan secara paksa, pengemis dipijak dan haiwan diambil oleh pihak berkuasa telah menarik kemarahan di seluruh platform media sosial China.

Dalam sepucuk surat kepada semua ahli Parti Komunis China di Shanghai minggu lalu, pimpinan parti menggesa mereka untuk bertindak tegas terhadap sebarang tentangan yang mereka hadapi.

“Rakan parti kita harus pergi jauh ke akar umbi dan orang ramai … mengangkat senjata dan berjuang menentang semua jenis tingkah laku yang mengganggu dan menjejaskan keadaan keseluruhan wabak, mengambil inisiatif untuk bersuara menentang semua jenis bunyi dan terutamanya khabar angin. Jelaskan yang benar dan yang salah, supaya bersatu sebagai satu dan mengatasi kesukaran bersama-sama.”

Cabaran bagi kerajaan China ialah menarik Shanghai keluar dari lingkaran sekatan sambil mengatasi masalah 52 juta penduduk – terutamanya orang tua – yang masih tidak diberi vaksin di seluruh negara.

Misi bebas COVID yang cuba dilakukan Chins kini telah direkodkan sebagai bencana dan negara itu membayar dengan harga yang tinggi dengan sikap tidak berganjak daripada sekatan yang telah memberi kesan kepada 30 juta jiwa di Shanghai.

Warga China rai bebas COVID-19 dengan membuka semula pasar basah haiwan eksotik. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Saintis China Beri Nasihat, Minta Semua Orang Biasakan Diri Hidup Dengan COVID-19 Selamanya

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India