Jika ternampak kenderaan penguatkuasa, pasti rasa ‘kecut perut’ tiba-tiba muncul walaupun tidak ada melakukan sebarang kesalahan. Apatah lagi bagi individu yang ada melakukan kesalahan, pasti sedaya upaya mahu cuba melarikan diri.

Dalam perkongsian video Twitter @twtcctv, berlaku satu adegan kejar-mengejar antara seorang anggota penguatkuasa dipercayai Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ berjumpa dengan seorang penunggang motosikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video berkenaan anggota penguatkuasa itu ada mengekori dan memberhentikan penunggang motosikal berwarna kuning dipercayai untuk memeriksa lesen memandu.

Bagaimanapun penunggang motosikal itu memulas throttle dan melarikan diri daripada anggota berkenaan. Dia melarikan diri secara melawan arah, menyelit di antara kenderaan di hadapan deretan kedai dan masuk semula ke jalan besar.

Anggota berkenaan pada awalnya nampak ‘tercicir’ di belakang, bagaimanapun selepas beliau masuk semula ke jalan besar, dalam beberapa saat sahaja anggota itu berada di sebelah penunggang motosikal terbabit.

Beliau menghimpit budak lelaki itu ke lorong kanan sehingga memberhentikan motosikalnya. Kemudian budak lelaki itu melarikan diri meninggalkan motosikal.

Netizen rasa terhibur melihat budak lelaki itu, dia merasakan dapat melarikan diri, namun tindakannya memakan diri.

https://twitter.com/AyieZach/status/1661208534946811905?s=20

Orang ramai juga tidak menolak kemungkinan budak lelaki itu membawa barang terlarang sehingga sanggup membahayakan keselamatan diri sendiri untuk melarikan diri.

Pada akhir video berkenaan, satu laporan telah dibuat berhubung insiden yang berlaku itu. Gambar-gambar aksi kejadian turut dikepil bersama sebagai bahan bukti.