Permulaan tahun 2020 tidak menjadi begitu baik buat pemilik restoran di Bangkok selepas beliau menaikkan kemarahan peminat Blackpink.

Semuanya disebabkan cubaan beliau untuk melelong barang-barang yang pernah digunakan oleh penyanyi Lisa Manoban.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menulis di laman Facebook – sebelum memadamnya – pemilik, Masse Jacop dari MQQN Cafe cuba melelong kerusi, napkin malah sudu yang digunakan oleh Lisa ketika sesi pengambaran di kafe beliau baru-baru ini.

Pada hari Khamis yang lalu, Lisa, 22 menyiarkan gambar ketika beliau berada di MQQN Cafe Bangkok di laman Instagram miliknya.

Lisa-in-MQQN-Cafe-1200×900
Monsters and Critics.

Tidak lama selepas itu, South China Morning Post melaporkan bahawa pemilik kafe itu telah ditawarkan sehingga RM13,000 bagi harga kerusi yang telah digunakan oleh Lisa.

Masse berkata, “saya tidak berpuas hati dengan harga ini. Kami juga mempunyai kaca dan sudu yang digunakannya juga.”

Tindakan beliau telah mendapat kritikan  daripada peminat Blackpink yang tidak berpuas hati dengan cara beliau yang tidak menghormati Lisa.

Seorang pengguna Twitter, @BPinAmerica mengutuk pemilik restoran terbabit dengan menyatakan bahawa beliau telah bertindak secara berlebihan.

Terdapat juga beberapa peminat yang marah dengan tindakan beliau apabila merujuk kelakuannya itu sebagai ‘menjijikkan’.

Sejurus selepas itu, pemilik restoran terbabit telah membuat permohonan maaf, “saya memohon maaf atas kelakuan saya yang buruk. Maaf kepada Lisa dan semua orang yang terlibat. Saya menerima semua kritikan. Kita semua suka Lisa. Saya minta maaf atas apa yang berlaku. “

Menurut laporan yang diterbitkan di The Business Times, MQQN Cafe ditutup pada hari Ahad lalu (5 Jan), dengan peminat berjanji untuk memboikot perniagaan tersebut.

November tahun lalu menyaksikan Lisa dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lisa Blackpink Dinobatkan Wanita Tercantik di Asia 2019

Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea