Tular sebuah video yang memaparkan bagaimana seorang ibu berdepan dengan perompak yang mencuri telefon bimbitnya. Video berdurasi 29 saat itu dikongsi oleh pengguna media sosial Indonesia.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita berpakaian biru bercorak bunga membelasah seorang lelaki yang disyaki pencuri yang cuba mengambil telefon bimbitnya. Sambil diperhatikan oleh penduduk yang berada di situ, pencuri itu menerima nasib yang buruk apabila di hempas ke tanah dengan menggunakan teknik ‘smackdown’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wanita itu kemudiannya menendang pencuri itu manakala seorang lelaki lain dilihat cuba menenangkannya. Tetapi wanita itu menggalakkan lelaki itu untuk tidak campur tangan. Dengan rokok terselit di bibir, wanita itu melancarkan sepakan terakhir yang mengenai kepala pencuri itu.

“Kenapa kasihan, dia pencuri, curi telefon bimbit orang,” jerit wanita itu sambil terus memukul pencuri itu.

Menurut maklumat dalam kapsyen video, kejadian itu berlaku di Desa Simpang Tiga, Kecamatan Mataraman, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan pada 10 April 2022.

Ketua Polis Banjar AKBP Doni Hadi Santoso melalui Ketua Perhubungan Awam Polis Banjar Resort Iptu Suwarji berkata, tiada laporan polis yang dibuat selepas itu kerana wanita itu tidak mahu memperbesarkan kes.

Polis tempatan dikatakan sedang mencari lokasi kediaman lelaki yang dipukul dalam video itu. Kemudian, perjanjian damai akan dibuat daripada kedua-dua pihak.

Video tersebut segera menarik perhatian netizen, bukan sahaja dari Indonesia malah rakyat Malaysia. Ramai yang memuji tindakan ibu-ibu yang begitu gagah berdepan dengan pencuri telefon bimbit. Tidak sedikit yang membuat komen kelakar.

‘Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia’ – Wanita Malaysia ini pamer rumah di sempadan dua negara. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia’ – Wanita Ini Pamer Rumah Di Sempadan Dua Negara

Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19

‘Anda Lebih Layak Menang’ – Netizen Indonesia Ucap Tahniah Kepada Beregu Malaysia