Sejak beberapa hari ini hangat dibicarakan mengenai kemalangan berbasikal yang dialami Ahli Parlimen Rembau dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin di Kuala Langat baru-baru ini.

Jika sebelum ini ianya kerana respon permohonan maaf oleh akaun Twitter JKR, kali ini ia sekali lagi menjadi perhatian selepas harga basikal yang digunakan beliau menjadi antara topik perbualan netizen di media sosial.

Bagaimanapun, ianya bukanlah bersifat kecaman atau mempersoalkan harga basikal berkenaan yang difahamkan agak tinggi namun ia menjadi perhatian netizen selepas seorang wanita difahamkan terkejut dengan harga basikal berkenaan yang hampir sama dengan suaminya.

Tetapi suaminya itu sebelum ini difahamkan tidak pernah memberitahu dirinya bahawa harga basikal berkenaan mencecah RM45,000 seperti dikongsikan netizen.

bs

Terdahulu, ciapan mengenai harga basikal yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit itu dimuatnaik oleh akaun satira BorneoGhost Online di Twitter.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada harga basikal berkenaan benar-benar mencecah nilai seperti yang dimaksudkan dan sama ada basikal yang dimiliki suami wanita berkenaan adalah sama dengan apa yang digunakan KJ.

Tetapi itu bukanlah apa yang ingin dikongsikan, sebaliknya apa yang mencuit hati adalah apabila netizen-netizen lelaki cuba untuk menyelamatkan si suami yang seakan-akan tertangkap telah membeli basikal sehingga puluhan ribu ringgit.

Anda boleh membaca respon para netizen yang pastinya mencuit hati dalam usaha mereka untuk menyelamatkan suami wanita ini di bawah. Bermula dengan pemilik ciapan asal sehinggalah netizen-netizen biasa yang mungkin juga golongan suami dan pernah melalui situasi sama sebelum ini.

https://twitter.com/afifisyahmi_/status/1343520686141177857?s=20

https://twitter.com/AdiSlm/status/1343514855668531200?s=20

Walaupun ianya mungkin gurauan sahaja namun, usaha-usaha yang ditunjukkan para lelaki ini membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rakan-rakan. Terutamanya bila ‘terkantoi’ membeli sesuatu yang mungkin kurang dipersetujui isteri.

Tetapi ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya yang pernah berlaku malah kita juga sebelum ini pernah membaca ada suami yang terpaksa menggunakan pelbagai helah untuk membeli barang-barang kegemaran mereka seperti PC gaming dan juga PlayStation 5.

Baca juga kisah lelaki ini yang terpaksa menjual kembali PS5 miliknya selepas ‘kantoi’ dengan isterinya melalui pautan di bawah.Β 

Kantoi Beli ‘Air Purifier’ Palsu, Isteri Minta Suami Jual Konsol PS5 Semula

Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ

Reaksi Tenang ‘Rider’ Ini Jawab Rungutan Dalam Bahasa Inggeris Buat Pelanggan Tidak Jadi Marah