Kejadian yang bermula dengan cinta dan berakhir dengan tangisan seeloknya dianggap sebagai tragedi paling romantis apabila rancangan seorang lelaki di Yorkshire, England untuk melamar kekasihnya dengan menyalakan 100 lilin di apartmen milik mereka telah membawa padah.

Dia pada mulanya menyalakan seratus lilin di rumah yang dikongsi dengan kekasihnya. Dia juga meletakkan belon dan menuangkan anggur ke dalam gelas. Namun, rancangan itu tidak berjalan dengan baik. Rumahnya terbakar ketika dia keluar menjemput kekasihnya yang ketika itu berada di luar.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Menurut pihak bomba Yorkshire, “Ketika lelaki itu berada di luar untuk mengambil calon isterinya dan bersedia untuk melamar dengan momen romantis, dia telah mendapati apartmennya terbakar.”

Anggota bomba berkongsi foto kejadian itu di Facebook dan menulis, “Lihat foto-foto ini dan anda akan lihat banyak lilin yang dipadam. ” Foto-foto tersebut menjadi viral di media sosial dan telah mendapat banyak respons.

Terdahulu, pasangan ini telah berjaya menarik perhatian syarikat besar apabila lamaran mereka di KFC menjadi viral. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka

Anda Mungkin Suka