Dua juruterbang dan dua penumpang telah dikompaun oleh pihak berkuasa setelah gagal menunjukkan surat kebenaran merentas sempadan negeri menggunakan pesawat ringan.

Keempat-empat individu terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin pada jam 3 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azari Miskon berkata selain daripada juruterbang persendirian, kapal terbang itu juga dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan aktiviti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Menurutnya, keempat-empat individu ini gagal menunjukkan surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor.

Mereka telah diarahkan untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi ini selepas juruterbang persendirian mendakwa tidak mempunyai kebenaran untuk terbang pada waktu malam.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu terbabit. Mereka akan dipantau pihak berkuasa dari semasa ke semasa sehinggalah mereka bertolak balik.

Untuk rekod, kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

PKPB Bakal Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober

PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan

PKPB Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

Sumber