Cubaan laman sesawang Shutterstock mengajar Lady Gaga tentang kepentingan hak cipta akhirnya memakan diri sendiri apabila syarikat tersebut telah diserang oleh para peminat Lady Gaga.

Laman sesawang yang menjadi tempat untuk para jurugambar menjual hasil karya mereka telah mendapat pengajaran berguna dari penyanyi kelahiran Amerika Syarikat tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

canyallstop

Penyanyi yang terkenal dengan gaya fesyen yang di luar kebiasan baru-baru ini telah memuat naik satu gambar yang mempunyai watermark Shutterstock di laman peribadi twitter miliknya dengan mesej ‘can y’all stop‘.

shutterstockwehearyou

Shutterstock membalas ciapan tersebut dengan mesej betapa pentingnya Lady Gaga menyokong karya jurugambar yang menggunakan laman mereka untuk mencari rezeki dengan membayar artis tersebut jika mahu menggunakan gambar tersebut.

Namun ciapan tersebut tidak dapat diterima baik oleh para peminat Lady Gaga dan mereka telah menyerang Shutterstock dengan beberapa komen negatif.

collage

Namun ada juga beberapa peminat Lady Gaga yang memahami isu terbabit dan tidak terlalu cepat menghukum.

Beliau faham bahawa isu sebenar adalah Shutterstock hanya mahu artis mereka dibayar dan sudah pasti duit bukanlah satu masalah bagi pihak Lady Gaga.

lady-gaga-05.jpg.optimal-2

Shutterstock mempunyai lebih 250,000,000 imej dengan 201,800 imej baru ditambah setiap hari. Mereka mempunyai lebih daripada 650,000 penyumbang dan menjual kepada lebih 150 buah negara.

Syarikat ini juga didagangkan di bursa saham New York dengan nilai pasaran RM6.4 bilion. Shutterstock sebenarnya bukan syarikat kecil seperti yang dikatakan oleh para peminat Lady Gaga.

Tindakan ‘mengajar’ yang dilakukan oleh Shutterstock tersebut adalah bagi memberi peringatan kepada Lady Gaga – artis yang mendapat pulangan RM1.2 juta setiap tahun – untuk menyokong karya-karya artis di laman sesawang mereka.

Klik pautan di bawah jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Lady Gaga.

Lady Gaga Dikhabarkan Bakal Sertai MCU

Kini Giliran Lady Gaga Pula Keluarkan Koleksi Make Up Tersendiri

Sumber