Tidak kira dimana, pasti ada sahaja individu yang terdesak untuk menipu semata-mata untuk menjayakannya niat mereka. Perkara yang sama turut terjadi baru-baru ini apabila seorang wanita di Amerika Syarikat memilih untuk menipu majikannya dengan mengatakan tayar keretanya dimasuki paku.

Segalanya berubah apabila wanita ini turut menghantar gambar yang disunting beliau menggunakan Adobe Photoshop sebagai ‘bukti’. Gaya suntingan beliau yang amatur nampaknya berjaya dikesan oleh majikan beliau sekaligus dikongsikan di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekali pandang, jelas dilihat tayar kereta beliau dimasuki paku. Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila gambar ini dilihat dengan lebih dekat yang jelas memperlihatkan penggunaan paku ‘kartun’ pada gambar ini.

nail

Gambar yang dikongsikan majikan beliau di media sosial nampaknya turut mengundang gelak tawa daripada orang ramai apatah lagi memikirkan nasib wanita yang jelas kantoi menipu ini.

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen nampaknya turut sama-sama cuba ‘membantu’ dengan cara yang tersendiri. Tidak kurang juga yang cuba troll dengan kegagalan wanita ini dalam membuat suntingan gambar. Berikut merupakan antara reaksi netizen mengenai isu ini.

https://twitter.com/sydwoe/status/1215145397326438400?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1215145397326438400&ref_url=https%3A%2F%2Fpetapixel.com%2F2020%2F01%2F14%2Fwoman-tries-to-get-out-of-work-with-a-photoshop-fail%2F

Setakat ini tweet daripada majikan beliau sudah berjaya mengumpul 46 ribu retweets dan lebih 248,000 likes. Pastinya ramai yang tertanya-tanya nasib yang menimpa wanita tersebut walau bagaimanapun tidak dikongsikan oleh majikannya setakat ini.

Apa yang membuatkan perbincangan ini lebih epik adalah, tweet majikan ini turut mendapat perhatian Adobe di Twitter.

Diharap perkara ini dapat menjadi pengajaran buat orang ramai untuk tidak tersilap langkah dalam cubaan untuk menipu para majikan. Dikhuatiri ‘kesalahan’ anda bakal menjadi bahan tawa orang ramai seluruh dunia.

Lihat pula skills lelaki ini yang mampu menyunting gambar persis sebuah anime.

Lelaki Ini Pamer ‘Skills’ Suntingan Gambar Persis Anime Tarik Perhatian Ramai

Gambar Hitam Putih Yang Dirakam Jurugambar Ini Sangat Unik Dan Awesome

Sumber