Pernah diludah ketika menjadi maskot dan mencuci tandas adalah antara kerja yang pernah dilakukan chef dan personaliti, Fazley Yaakob sewaktu masih belajar di luar negara suatu ketika dulu.

Perkara itu dikongsikan sendiri Fazley dalam satu hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran itu menunjukkan Fazley sedang membersihkan restoran baru miliknya yang baru dibuka di Bukit Damansara sambil berseloroh bersama peminatnya tiada yang salah jika pemilik restoran melakukan kerja tersebut.

Fazley
Sumber gamabr :Instagram Fazley Yaakob

“Mungkin ramai tidak tahu sebelum ini, antara kerja-kerja yang saya pernah buat termasuk mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti).

“(Pernah) menjadi maskot pakaian arnab sambil jual kopi sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau, menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi atendan pam stesen minyak,” kongsinya.

Justeru itu dia menjelaskan kerja-kerja membersihkan dan mengemaskan restoran miliknya itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh dilakukan olehnya.

Ini kerana jika melihat kepada senarai kerja yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu, sudah semestinya ia lebih mudah dan selesa terutama jika dibandingkan pengalamannya terpaksa mencuci najis manusia sebelum ini.

“Jadi apabila menjadi pemilik restaurant, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan dan juga mencuci tandas,” ujarnya.

Baca perkongsian penuh Fazley Yaakob mengenai pengalamannya di sini.

Bak kata pepatah di mana ada kemahuan pasti ada jalannya seperti personaliti cilik ini yang berjaya memiliki kereta mewah di usia 12 tahun. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Usaha Sejak Kecil, Alyssa Buktikan Mampu Miliki Vellfire Pada Usia 12 Tahun

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Rugi Besar Kerana PKP Berterusan, Rahmat Mega Tutup Medan Selera ‘The Stage’

Sumber