Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna media sosial telah berkembang dari anak muda sehinggalah ke yang lebih tua. Mereka telah membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk menjadi ‘Insta-Famous‘ seperti anak muda yang lain.

Begitulah cerita seorang bekas guru kimia berusia 84 tahun bernama Tetsuya yang telah menjadi bintang di Instagram hasil daripada gambar-gambar beliau dengan fesyen terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akaun Instagram beliau menampilkan semua ciri-ciri seorang Insta-famous dengan jumlah pengikut yang ramai dan pengikutnya hadir daripada kalangan anak muda.  Gambar-gambar yang dimuat naik dengan segala pakaian yang menonjol sudah mencukupi untuk beliau dianggap sebagai bintang veteran yang updated di Instagram.

Sementara pakaian bukanlah pakaian biasa untuk seorang lelaki berusia 84 tahun. Tetapi beliau mempunyai bantuan dari department pakaian yang diketuai oleh cucunya sendiri iaitu Naoya Kudo.

Semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila Kudo memilih untuk melawat atuknya di Akita Prefecture dan bercuti di sana selama seminggu. Semasa berada di sana, dia memutuskan untuk meluangkan masa dengan memberi new look kepada atuknya, “Dia sebenarnya bersemangat untuk ini,” kata Kudo kepada Buzzfeed World.

“Atuk saya juga banyak memberi cadangan mengenai tempat untuk mengambil gambar dengan baik.” Di antara lokasi yang mereka pilih adalah pantai, padang, dan sekolah menengah di mana Tetsuya pernah bekerja.

Apabila keluarga Tetsuya menyedari perubahan ini, mereka menerimanya dengan positif. Walau bagaimanapun, pandangan positif ini tidak terhad kepada saudara terdekat sahaja. Malah, dalam masa beberapa bulan, Tetsuya telah berjaya menarik lebih daripada 137,000 pengikut baharu di Instagram.

Sejak daripada itu, Tetsuya dilaporkan telah mula menarik minat para penggemar fesyen. Beliau juga telah menjadi antara inspirasi anak muda untuk terus kekal bergaya biarpun telah lanjut usia.

Jika anda berminat mengetahui perkara yang sedang trend di Jepun, klik pautan di bawah.

‘Perfume’ Dengan Aroma Gadis Sekolah Sedang Jadi Kegilaan Lelaki Jepun