Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam episod terakhir Vocket Makan Edisi Kedah, Bella bawa hampa semua untuk cuba rasa Mat Cucur Udang yang paling legend di Alor Setar yang sudah berniaga sejak tahun 1940 an. Lama betul!

Bella try satu Set Cucur Udang, Cucur Taugeh dan cicah kuah kacang yang padu. Confirm tak kena scam sebab isi udang besar tangan guys dan paling penting sekali makan terasa crispy.

Lepas itu, team Vocket Makan terjah ke Jitra untuk cuba Kupi Rasi. Suasana kedai yang santai dan Izatt makan Set Grilled Lamb Burger dan rasa air Asian Kupi. Harga murah tapi level rasa international. Hampa memang kena mai kalau singgah ke Jitra.

Kecoh ke tidak makan-makan kali ini? Adakah trademark Abah, ‘Terangkat’ masih onz? Saksikan Vocket Makan bersama Bella.

Anda Mungkin Suka