Mesti anda pelikkan, kenapa orang Cina sangat kaya. Dari dulu sampai sekarang.

Mereka berniaga dan berbisnes dalam Malaysia secara halal dan membina kekayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi inilah rahsianya. Mereka membayar cukai pendapatan di LHDN.

Membayar cukai

Kenapa kita tak tahu pun selama ni? Sebab tak ada orang ajar kita.

Sebab kita takut dimomokkan bayar cukai yang banyak. Sebab kita bukan keturunan peniaga.

Bangsa kita ni baru je nak start berniaga. Mereka dah berniaga zaman latuk mereka lagi.

Tak hairanlah semua shoplot, rumah, kereta besar dan apartment atas nama mereka. Kita kena contohi cara bisnes bersistem mereka.

Contohlah, anda berniaga, start bayar cukai berniaga anda RM200 sebulan kepada LHDN, boleh beli loan untuk beli kereta / apartment / shoplot sehingga RM1 juta.

Jika anda enterprise kadar cukai adalah dari 1-25%, manakala jika anda Sdn Bhd kadar cukai adalah 20% flat rate.

Jika bisnes anda dah untung bersih RM100k setahun adalah wajar anda tukar dari enterprise ke Sdn Bhd disebabkan cukai Sdn Bhd lagi murah berbanding enterprise, manakala jika bisnes anda untung bersih kurang 100k setahun boleh juga hanya maintain enterprise sebab kadar cukainya lebih rendah iaitu 1-20%.

Kos company secretary, accounting dan audit Sdn Bhd makan belanja bajet RM2000-4000 setahun.

Jika anda enterprise, bajet tu anda boleh guna untuk bayar cukai.

Beza cukai bisnes dengan cukai makan gaji adalah, orang makan gaji cukai dia kena potong dulu sebelum dia dapat duit. Cukai orang berniaga ni, kita belanja dulu duit kita, kumpul rekod resit baru bayar cukai.

Masalah ramai peniaga dokumen pendapatan, invois dan resit mereka tak kumpul. Jadi bila kena audit dengan LHDN, masakler.

Duit habis habis beli barang resit tak simpan. Jadi tak boleh tolak cukai jika resit tak ada.

Itu yang saya kongsikan dalam bengkel bisnes bersistem – cara rekod pendapatan, simpan resit belanja secara elektronik dalam online sistem cloud.

Oklah jom kita kira-kira sikit pasal cukai, saya bukan pakar cukai, tapi ini idea kasar.

Cukai dan pembiayaan bank

Cara LHDN kira cukai anda dan cara orang bank kira bagi anda loan. Untuk pakar cukai boleh rujuk pada kawan saya Mohd Izrisham .

Bila anda bayar RM200 bermakna setahun anda bayar RM2400 cukai.

Bila anda bayar cukai RM2400 setahun, ikut jadual LHDN, income profit and lost (pendapatan bersih) anda anggaran RM60,000 setahun. Bermakna dibahagi 12 bulan, bersih anda RM5000 sebulan. Bank akan bagi loan sehingga 70% dari pendapatan bersih anda. 70% dari RM5000 bersamaan RM3500 maksimum kuota loan bulanan anda.

Fuhhh.. berpeluh ni kira. Jom kita teruskan.

Dari RM3500 bayar bulanan tu anda boleh beli aset yang berharga RM150,000 rumah apartmen dengan bayaran bulanan RM700 dan boleh disewakan sebanyak RM1000. Jadi, kenapa RM200 boleh jadi RM1 juta? Sebabnya, setiap rumah yang anda beli, bayar pinjaman/ pembiayaan bank, dan kutip sewa, anda buat TENANCY AGREMENT kemudian dimatikan stem dan buat pinjaman semula untuk rumah seterusnya.

Bank boleh bagi pembiayaan sebanyak 90% untuk individu / enterprise dan Sdn Bhd yang ada status Investment Holding Company. Buat teknik ini sampai 8 rumah, kemudian automatik portfolio anda akan jadi RM150000 x 8 rumah = RM1.2juta.

Atau tahun berikutnya, doublekan jualan dan bayar cukai double dari RM200 ke RM400 sebulan dan seterusnya. Lagi banyak anda bayar cukai dan disertakan penyata bank yang cantik, lagi banyak pinjaman anda boleh dapat. Sebab bank percaya pada income kita bila kita bayar cukai. Satu dunia macam tu.

Lagi satu, berniaga hari-hari pastikan REKOD duit masuk ke dalam bank. Untuk bagi penyata bank cantik ada duit masuk banyak dari duit keluar, anda boleh hadir ke Bengkel Bisnes Bersistem yang saya buat, saya boleh tunjukkan langkah-langkah secara praktikal guna sistem yang boleh link ke bank automatik. Bukan guna template Excel.

Lagi satu, anda risau sangat hukum pinjaman riba’? Buat guna Pembiayaan Islamik Qardul Hassan untuk elak riba’. Boleh rujuk dengan pakar ilmuan kewangan syariah Ustaz Zaharudin di sini.

Anda buat loan semua ni tujuannya adalah untuk beli aset untuk jana duit cashflow anda. Bukan nak tambah beban hutang.

Biar penyewa yang bayar aset anda, buat perjanjian sewaan sekali dengan matikan stem sebab ini boleh jadi pendapatan tambahan di mata bank. Ini akan membolehkan anda tambah lagi aset rumah.

Jangan pula anda beli rumah impian dan kereta mewah dulu. Alamatnya anda akan tersekat nak buat loan.

Bukan tak boleh nak beli rumah impian dan kereta mewah, boleh, cuma beli rumah apartmen dulu. Contoh, anda bayar bank RM500, anda sewakan RM800, anda akan dapat bersih tiap-tiap bulan RM300. Ini namanya CASHFLOW.

Sebab, jika 1 rumah apartmen anda boleh dapat untung cashflow RM300, 10 rumah dah RM3000 sebulan. Duit yang RM3000 inilah anda boleh bayar tiap bulan untuk rumah impian dan kereta mewah yang anda impikan.

Jika anda stimulasi otak anda dengan cara menguruskan duit, anda boleh sertai Bengkel Bisnes Bersistem , kita ada anjurkan permainan game cashflow untuk melatih otak anda untuk bagaimana menguruskan duit seharian. Setiap hari kita bekerja untuk cari duit.

Dalam game ini, kita akan diajar bagaimana langkah-langkah untuk buat duit pula bekerja untuk kita. Inilah dinamakan Financial IQ. Subjek ini tidak diajarkan di sekolah, tetapi semua kerjaya tak kisahlah posmen, polis, tentera, cikgu sekolah, peniaga, cikgu, doktor, engineer, peguam akan mengalami cara pengurusan duit setiap hari.

Ramai graduan keluar universiti bankrup dan tak cukup gaji, tp sekiranya mereka belajar tentang cashflow ni, mereka akan faham bagaimana cara untuk menguruskan duit walaupun gaji mula dari RM1000.

Ini teknik orang Cina bina kekayaan. Kita kena belajar dari mereka. Nak tahu cerita rahsianya? Sy nak bagi ebook FREE Rahsia Lulus Loan untuk Bisnes Bersistem. Dapatkannya di sini.