Starbucks merupakan antara ‘kedai kopi premium’ pilihan ramai dan boleh dikatakan setiap kali menu baharu keluar akan menarik peminat jenama tersebut untuk mencubanya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @corruptedalien telah berkongsi video memaparkan dirinya mengulas tentang ‘tweet’ pengguna Twitter berkaitan minuman viral di Starbucks yang patut dicuba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@corruptedalien/video/7120590237247474971?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menurut wanita tersebut dipercayai merupakan barista di Starbucks mengatakan bahawa kebanyakan menu yang dikongsi tidak tersedia di Malaysia terutama sekali yang mengandungi ‘white mocha syrup’.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit juga mengatakan dia kasihan kepada mereka yang percaya akan senarai minuman viral tersebut kerana mereka akan berasa hampa apabila mahu membuat pesanan tetapi tidak dapat seperti dihajati.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga mengatakan bahawa tidak semua menu viral itu ‘worthy’ untuk dicuba. Malah, ada juga netizen mengatakan mungkin individu yang ‘tweet’ tentang menu tersebut sebenarnya tidak pernah atau jarang minum di Starbucks.

Malah, ada juga barista bersetuju dengan pendapat wanita terbabit dan mengatakan sering menerima pesanan untuk minuman viral yang tidak tersedia di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan.

Tahukah anda kenapa barista Starbucks kerap tersalah eja nama di cawan pelanggan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mengapa Barista Starbucks Kerap ‘Tersalah’ Eja Nama Pada Cawan Pelanggan

Premium Dan Eksklusif, Starbucks Reserve Terbesar Malaysia Dibuka Secara Rasmi Di Damansara

Bagaimana Starbucks Bermula, Kisah Menarik Sebelum Francais Ini Berkembang Ke Seluruh Dunia