Tipulah jika anda tidak stress saat tiba ke pejabat, almaklumlah banyak kerja tertunggak kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bukan? Anda yang berada di ibu kota dan ingin lari dari kesibukan kota bolehlah menginap di Resort Taman Rimba Komanwel Rawang.

Sudah namanya taman rimba, anda akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar. Resort Taman Rimba Komanwel Rawang ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju Rawang, kira-kira 24KM ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3KM dari Bandar Rawang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

chalet

Unknown

unnamed-3

Untuk pengetahuan anda, resort ini bukan hanya hadir 2 jenis penginapan iaitu bilik biasa dan juga khemah. Anda yang ingin pengalaman berbeza, anda boleh pilih untuk berkhemah.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti berkayak di tasik, jungle tracking, Mountain Bike Trails, Down Hill Trail, Kapur Trails, dan banyak lagi. Kiranya memang destinasi terbaik untuk mereka yang ingin cari ketenangan dan suka aktiviti mencabar.

unnamed-2

Harga penginapan di sini bermula dari RM140 semalam. Buat anda yang berminat untuk bermalam di Resort Taman Rimba Komanwel Rawang, boleh hubungi pada talian 012-2761609 atau emel ke [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan.

Ketika ini, anda sudah boleh melancong dalam Malaysia. Jika anda tidak dapat memohon cuti, apa kata pergi ke destinasi yang dekat-dekat sahaja untuk ‘day trip’. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia