Sudah menjadi stereotype di dalam kehidupan sesetengah orang dengan melabelkan seseorang melalui apa yang dimilikinya. Sama ada melalui kereta yang dinaiki, pakaian yang dipakai serta rumah yang didiami.

Bagi gadget pula, pengguna yang memakai iPhone dan iPad atau barangan jenama Apple seringkali disifatkan sebagai seorang yang berada dan kaya. Perkara ini tidak sahaja berlaku di negara kita malah di negara luar dimana sebuah laporan telah dikeluarkan oleh Universiti of Chicago yang mengatakan hanya pengguna yang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iPhone-Orang-Kaya-Guna-650×647 (1)

Berdasarkan ulasan ahli ekonomi melalui kajian yang dibuat, lebih ramai pengguna iPhone dan iPad yang memiliki gaji yang lebih tinggi berbanding pengguna Android.

Kajian yang dibuat ini telah dijalankan pada tahun 2016 dimana tidak menyertakan statistik pengguna iPhone X yang memiliki iPhone termahal dalam sejarah Apple.

apple-sloppy

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda memilih untuk menggunakan iPhone dan iPad kerana status atau kerana penawaran fungsinya berbanding Android. Kongsikan pendapat anda di bersama kami.

Sumber